Search This Blog

Wednesday, March 10, 2010

SEMUANYA DARIPADA TUHAN



salam...post ni, aku cuma nak kongsi dengan kowang 1 perkara.....

kowang pernah rasa hampa x?mesti pernah kan.. biasa lah, lumrah hidup, perasaan pun ada shift gak, kejap 'happy', lepas tu jap lagi sedih, jap lagi ketawa, jap lagi meraung....ambik bantal tutup muka lepas tu jerit kuat-kuat...pernah buat? (aku pernah buat) kalau kowang pernah buat, maknanya.......................kita ni sefikrah la...ha3..

bila sedih, aku dengar 1 lagu ni, tajuknya 'segalanya milikMU' kumpulan mestica..
liriknya memang tepat dengan perasaan hati aku... lagu ni memang bagi semangat...
bahawa segala-segalanya adalah daripada Allah..

kat bawah ni liriknya..............



KAU yang menciptakan cinta
dan KAU jua yang menghampar bahagia
di ribaan MU terhimpun harapan
impian tulus setiap insan

KAU yang mengutuskan duka
dan KAU lah yang mengirimkan hampa
namun pada MU jua diadukan
berbagai keresahan & tangisan

aku tahu inilah kasih MU
aku tahu inilah cinta MU
dan ku tahu tiap yang terbaik untuk ku
tak semuanya yang ku mahu

di celah hela nafas yang terhela
ada dingin saat menyeru nama MU
terarah segala ronta rasa
pada damainya dakapan MU

aku tahu inilah kasih MU
aku tahu inilah cinta MU
dan ku tahu
di segenap ruang rasaku
telah KAU titipkan kekuatan
oh tuhan

Tuesday, March 9, 2010

TAK PERLU SALAHKAN DIA

salam.........

kali ni aku nak cakap tentang 'menyalahkan diri sendiri'.....hm......ape 2? kowang faham ke?
betul ke faham?.....ok, kalau kita perhatikan hari ini, ramai orang menyalahkan orang lain...tanpa di selam dulu kepada dirinya sendiri......

ok, cuba kowang jalan-jalan kat kedai makan, pastu kowang terpijak kulit pisang dan?????
bedebuk!!!!!!! haha.....padan muka jatuh,malunya, hi3......isyy...tak baik gelakkan orang taw.. apa la aku ni,hm.....haa...aku nak tanya kowang, kowang jatuh tu salah siapa?ok, sila pilih jawapan di bawah, pilih betul-betul yer :-


  • orang yang buang kulit pisang tu (a)

  • pakcik kedai makan sebab tak sapu lantai (b)

  • monyet,sebab orang yang buang kulit pisang merata tu belajar daripada monyet (c)

  • kowang sendiri!! (d)

(sila jawab dengan jujur ye)

ok, klu kowang jawab a atau b atau c, maknanya EQ kowang masih kurang.....ceh, macam motivator la plak aku nih....

kadang-kadang tu kan, sesetengah orang tu bukan saja salahkan orang lain, malah yang bukan orang pon kena marah, mulut pon keluar perkataan yang tah apa-apa tah.....kesian monyet, mangkuk, senduk, pintu bilik air pun kena marah jugak bila tangan tersepit masa nak tutup pintu tu....macam-macam kan..

ok, biar aku bagi jawapan taw... kowang jatuh tu sebab kowang jalan tak pandang depan, nampak muslimah jer terus pandang, (macam biasa wat jer) ha3.. ok lah....cuba fikir balik.. kalau kita jalan dengan cermat, pandang depan, mesti kita nampak kulit pisang tu, betul tak? maka, kalau kita nampak, tak kan lah kita nak pergi pijak pulak kan.....ha... sekarang ni salah siapa?
salah kita kan? betul x?

kalau betul kowang nak salahkan orang yang buang kulit pisang tu, biarlah dia... fikirlah positif, mungkin yang buang tu budak kecil umur 4 tahun, masa tu ibu bapa dia tak perasan sebab anak dia pergi main jauh sket....boleh ke kita fikir macam ni?

dan kalau betul nak salahkan pakcik kedai makan, mungkin sebenarnya dia dah menyapu tapi terlepas pandang, x perasan......biasa la......kita pun kadang-kadang buat kerja bukannya sentiasa 'perfect' pun....

dan kalau kowang salahkan monyet, maknanya memang kowang lah monyet yang sebenarnya..
ha3..monyet tu duduk kat hutan x taw apa-apa pun......

tetapi, seandainya kowang menyalahkan diri sendiri, maknanya kowang memang bijak, hm, fikir yer, sebenarnya, siapa yang buat kita jatuh? dengan izin siapa kita jatuh?kowang pun taw kan.....dalam kuasa Allah kita jatuh, bukan kah ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku..
nah, carilah hikmahnya...janganlah cari buruknya...

bukankah setiap musibah yang berlaku itu untuk menghilangkan dosa-dosa kita?
walaupun hanya duri terguris kat kulit kita pun, itu juga sebagai penebus dosa taw.. xnak ke kalau Allah nak hapuskan dosa-dosa kita?

ok, point penting yang aku nak cakap kat sini, kita seharusnya menuding jari kepada diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain..tapi kowang janganlah asyik salahkan diri sendiri sampai rasa diri sendiri x guna....tu bahaya tu...jangan taw..kita mesti mencari kesalahan diri demi memperbaiki apa yang kurang dalam diri kita..barulah kita hidup ceria...kan?

ehm, contoh kisah kulit pisang yang aku cerita tadi tu, baru sket, belum kes-kes besar lagi...(huhu) cuba fikir,kalau perkara sekecil kulit pisang pun kita dah melatah, apatah lagi kita nak menghadapi ujian-ujian lain yang lebih besar dalam dunia ini?

oklah, fikir dan renungkan kata-kata hikmah ini, "berbahagialah orang yang selalu menyalahkan diri sendiri".......aku pun tengah cuba untuk cari salah aku.. memang susah, tapi kita sama-sama cuba lah yer.. insyaAllah bahagia..

barakallahufik wa salam alaik....




Monday, March 8, 2010

KESAKITANKU!!!

bismillahirrahmanirrahim

ya rabb, sesungguhnya aku malu terhadapMU
pada malaikatMU
pada bumiMU
pada lautanMU

aku juga sangat malu terhadap rakan-rakanku
jua terhadap seluruh makhluk ciptaanMU

aku sangat tersiksa menanggung bebanan dosaku
sungguh aku sakit ya rabb

aku sangat lemah dalam mengharungi dunia
seringkali tewas
bantulah aku ya Allah
aku merayu dengan penuh kehinaan
suluh lah jalan di depanku dengan hidayahMU

bantu aku ya rabb
bermujahadah memerangi nafsuku sendiri
sungguh,aku telah lama penat dalam mujahadah ini
aku sudah penat untuk merayu, dan menangis
kolam airmataku sudah tidak mampu mengeluarkan isinya
sangat sakit ya Allah
hanya KAU yang tahu

aku menderita kerana hatiku buta
maka KAU nampakkanlah ya Allah

maafkan aku ya Allah
walaupaun aku malu kepadaMU
namun aku harus menebalkan jua muka ini
untuk meminta pertolonganMU
kerana KAU sajalah tempat bergantung
kerana kau tuhanku

kenalkan aku padaMU ya Allah
agar bisa runtuhnya deritaku ini

astaghfirullah
amin ya rabb


Sunday, March 7, 2010

SYAHADAHKU

salam.........kali ni aku terangkan maksud 'syahadah' pulak yer......
secara umumnya, syahadah ni maksudnya kesaksian atau ikrar.....
rukun islam yang pertama apa ek? hm.....kowang pon taw kan, mengucap kalimah syahadah...
so,aku suka sangat perkataan syahadah ni sebab ia mempunyai maksud yang sangat kuat bagi diri aku... ia adalah tanggungjawab, cinta dan tujuan hidup aku dan kowang semua.....
AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD IALAH PESURUH ALLAH......
kalimah syahadah ni sangat berharga bagi aku... aku bahagia melafazkannya.... lafazkanlah dengan penuh rasa syukur, cinta, penghayatan, dan cubalah untuk menangis dalam syahadah......
aku sendiri masih dalam kesamaran untuk meraih cinta ilahi, diri ini sangat lemah.... ya Allah bantulah aku......dan kowang jugak.....amin.....

syukran ya rabbi......

Thursday, March 4, 2010

NUR SYAHADAH 2

NURSYAHADAH

tika terbuka hari
cahaya yang cerah
menerangi hatimu
mulus terbias di wajah

kau sambut dengan reda
hadirnya hidayah
tekad pendirian
terungkai kalimah

nursyahadah menyinar kalbu
murni seharum nama mu
hadirnya di celahan
kekalutan kalbumu itu

nursyahadah telah tertulis
pada waktu dan juga takdir
di antara seribu
engkau yang terpilih

sejernih embun pagi
sebersih dirimu
tanpa dicemari
walaupun sebutir debu

kekal lah oh dirimu
di dalam rahmatNYA
iringan doaku
moga kau bahagia

akan ku bimbing mu
sekadar yang ku termampu
menyemai iman dan menuai takwa

biar tak bertemu
di gerbang mahligai cinta
cukuplah sekadar teman yang biasa

bersatu nursyahadah
di dalam syahdu











NUR SYAHADAH

salam....
ok, kat post ni, aku nak terangkan kenapa nursyahadah....huhu.....
hmm.....kita pisahkan 'nur' dan 'syahadah' yer.....
ok, nur bermaksud cahaya....ramai orang pun taw...
cahaya sangat diperlukan dalam hidup ini, tol x? jawab lah!!!!!
hehe....cuba kowang bayangkan kalau malam-malam xde lampu kat jalanraya...
lampu-lampu tiang semua rosak... yang ada pon lampu kereta jer... gelap x?
gelap kan? lepas tu, cuba kowang try pulak padam lampu kereta kowang tu, (mmg sengal sket la klu buat benda ni),tapi jangan la lama, 2 saat cukup la......
confirm, gelap giler....
hah....klu dalam keadaan macam ni..... apa yang sangat diperlukan oleh kita? cahaya lah.
ok......tu baru sikit,cuba kalau matahari xde kat dunia ni? gelap lah... jalan pon pergi langgar pintu bilik air.......haha....best tu......
hm....cahaya diperlukan untuk menyuluh jalan...... macam mana nak jalan kalau x nampak kan..
ok, straight to the point, dalam kita meniti jalan kehidupan ni, kita perlukan bimbingan dan panduan agar kita di jalan yang benar......dan panduan itu ialah ilmu dan hidayah Allah....
maka di sini, yang dikatakan cahaya itu ialah ilmu dan petunjukNYA, dengan adanya nur daripada Allah, kita akan mudah untuk bermusafir mencari cinta sejati atas dunia ni... tidak lah kita terkapai-kapai macam orang dalam tandas Stadium Melawati Shah Alam, pada waktu tengah malam dan lampu tandas pula rosak (torchlight bawa tapi bateri dah habis)....haha...
hm.......in conclusion, nur (ilmu dan petunjuk Allah) sangat penting dalam kehidupan kita, kita mesti berusaha mencari ilmu sebanyak mungkin di dunia ni dan selalu memohon petunjuk daripadaNYA......wallahu a'lam...