Search This Blog

Saturday, March 12, 2011

THE REASON WHY I'M NOT A MEDIC STUDENT

Bismillahirrahmanirrahim…



Salam alaik..  waktu aku menulis ni.. aku kurang sihat.. setelah sekian lama aku tak demam, akhirnya aku demam juga.. masuk hari ni.. dah 3 hari.. tapi, Alhamdulillah demamku semakin reda.. ada selsema sikit.. batuk pun ada sikit.. hm..

Sebenarnya.. aku pernah demam kat UIA dulu.. ingat lagi, waktu tu, nak conduct program Leadtrain.. lepas tu, rasa macam tak sedap je, demam.. aku pula sebagai Program Coordinator PC (bajet aku ni penting la.. haha). 

So, aku baring jelah kat atas katil.. then, aku mesej Adibah (dia PC sekali dgn aku, memang PC 2 orang je ye). Dalam mesej tu aku cakap la aku demam.. maaf tak dapat nak bantu.. then, I take my rest.. baring lah atas katil.. Adibah ok jer.. tapi, aku tak suka kalau kerja aku, aku tak dapat buat.. & biar orang lain yang buat, serius.. aku tak suka.. hm..

I prayed to Allah so that I could get strength to do my work as a FRC.. then, lepas aku baring beberapa ketika tu, aku rasa macam ok pulak.. rasa larat pula nak buat kerja.. thank you Allah.. aku pun turun LTD (leadership & training department) & buat kerja-kerja yang sepatutnya bersama rakan-rakan committee Leadtrain yang lain.. masa tu, FRC belum ada line-up lagi.. hanya, 3 orang, aku, Halim & Adibah..

Haha.. lawak kan FRC 3 orang je.. kami pun pakai cekup jelah member-member kami yang mana sudi nak tolong kami.. dan ada di antara mereka yang terus jadi FRC  lepas tu.. amek hang !!! hehe.. memang terbaik !! thanks to all of you guys.. 

Eh.. melalut pulak aku ni, haa.. aku nak cerita pasal demam aku kali ni.. lama juga dah 3 hari.. sebenarnya, kat UIA dulu, adalah juga rasa macam tak sihat.. rasa tak sedap, tapi aku boleh lawan lagi.. mungkin sebab Allah tahu, yang aku ni banyak kerja nak handle, & banyak assignment nak buat.. so, Allah tak bagi aku demam..

Aku bersyukur sangat sebab aku demam kat rumah, bukan kat UIA dimana aku sibuk dengan FRC ataupun bukan waktu aku nak final exam.. thank you Allah…. Bila aku demam kat rumah ni.. lama pulak.. sekarang ni pun, still lemah lagi.. Alhamdulillah.. tak pe.. aku reda.. biarlah ni sebagai penebus dosa aku.. aku ni banyak sangat dosa.. ampunkan aku ya Allah.. tak kisah la berapa lama pun demam ni.. aku memang nak.. supaya dosaku diampunkan.. please forgive me ya Allah..

Ok, apa yang aku nak cerita kat sini ialah.. cerita waktu aku pergi klinik (klinik kerajaan) nak ambil ubat.. aku suka sangat dengan doktornya.. kawan-kawan, kowang suka tak profession kedoktoran? Hm.. (jawab dalam hati ye). Doktor tu perempuan, dia pakai purdah (mask sebenarnya.. nampak smart lah pulak.. hihi).

Dia baik, nak tahu dia tanya apa kat aku? Haa.. dia tanya aku sakit apa… aku jawab la, demam, sakit tekak & ada selsema sikit.. baik kan dia? Hahaha…. Mesti kowang pening.. soalan tu memang la doktor tanya.. hehe..

Ok2.. disamping dia tanya soalan tu, dia ada juga tanya :-
  1. umur berapa? (aku dengan malunya jawab "20" =.=' nak jadikan saya adik ipar ke?)
  2. buat apa sekarang? (aku jawab “ tengah cuti, baru habis matrik”.)
  3. belajar dimana? (aku jawab “ matrik UIA”.)
  4. kos apa? (aku dengan malu sambil pipi memerah menyebut “bahasa arab”.)

Doktor tu baik la.. dia tanya aku macam tu, aku suka la.. aku respek kat dia.. dia bukan sekadar tanya kesihatan kita, tapi, dia macam nak rapat dengan kita.. it's a caring.. peh.. baik weh.. aku happy kalau semua doktor macam tu.. dia nampak baik, professional, peramah.. senyum.. (tapi dia pakai purdah, macam mana aku boleh tahu dia senyum) tak kesah la.. yang penting, bagi aku, doktor tu ada sifat-sifat yang baik sebagai seorang doktor.. 

nak jadi doktor ni, bukan semata-mata kena ada ilmu je.. tapi, akhlak tu yang utama.. dia ni sabar, pandai melayan pesakit, peramah, penyenyum.. supaya pesakit tu tidak bertambah sakit.. atau tidak rasa seperti tidak dilayan..dan merasa lebih senang.. kan3? Huhu..

sungguh, bagi aku, dia seorang doktor yang baik.. aku mendoakan Allah merahmatinya selalu.. dan kurniakan syurga untuknya.. lihatlah betapa tabahnya seorang doktor, yang merawat pesakit.. bukan 1 atau 2-3 orang dalam sehari.. tetapi berpuluh malah mungkin mencecah ratusan..

mereka berurusan dengan berbagai lapisan masyarakat daripada kanak-kanak hinggalah warga emas yang berbeza latar belakang dan perangai.. siang malam mereka bekerja.. sungguh, mulianya dan tabahnya hati seorang doktor..

Aku nak minta kowang, doakan untuk para doktor dalam dunia ni, supaya mereka dikurniakan kesabaran, kecintaan yang tinggi kepada Allah.. kerana profession kedoktoran ini, sangat2 memerlukan KESABARAN YANG TINGGI.. mereka mengorbankan masa, dan tenaga mereka untuk kita yang memerlukan.. 


aku sendiri, mungkin tidak tabah seperti doktor yang merawat aku (aku tak tahu nama doktor tu aku lupa tanya). Nak tahu kenapa aku tak ambil medik ? jawapan aku ada 2 je :-


  1. Aku rasa aku tak cukup sabar dan ini tidak melayakkan aku menjadi seorang doktor. Aku sedar & tahu diri aku macam mana. Aku lebih cenderung ke arah pendidikan.
  2. Aku mabuk darah, dulu masa sekolah rendah, dengar perkataan darah je rasa macam nak pengsan, belum tengok  darah betul-betul lagi depan mata. tapi sekarang ni dah ok sikit    =.='
so, kesimpulannya.. i love doctor profession.. but, i'm not 1 of them.. Allah knows the best for His servants right.. kat sini, aku nak sebut kat kowang 2 orang doktor kat Malaysia yang aku kagumi.. (sebenarnya ramai lagi, tapi tak tahu & tak kenal)   =.='


Dr Farhan Hadi.. di sebelahnya ialah Fatimah Syarha, isteri tercintanya.. Dr Farhan Hadi merupakan salah seorang kolumnis majalah Solusi.. i love to read his articles..



Dr Danial Zainal Abidin.. beliau menulis buku yang bertajuk 'perubatan islam dan bukti sains moden'. Aku suka sangat tengok dia ceramah kat tv..  best2..  (",)

hm.. aku mengagumi profession kedoktoran.. tapi, tak kisah la kita profession apa pun kan.. walaupun tukang sapu sampah, ia tetap mulia selagi mana kita memperoleh hasilnya dengan cara yang halal & melakukannya semata-mata kerana Allah..

i love medic !!!

salam alaik..


Tuesday, March 1, 2011

SUKA DUKA AKU

salam alaik.... ya Allah.. dah lama aku tak update blog ni... maaf weh.. aku memang nak sangat update.. tapi, agak busy ler.. banyak kerja sungguh kat UIA tu.. huhu.. lepas tu, bila da balik rumah... tak ada internet da... hua3..
ni pun aku update pun kat rumah kawan taw...  hua3..  wat muka tembok je la pergi rumah dia kata nak update blog... waa..... cuti lamanya sampai bulan 9, nampaknya berbulan-bulan la lepas ni aku tak update blog...  =.='

aku dah tamat pengajian di Centre 4 Foundation Studies IIUM Nilai... ~suka tapi sedih~  :(
banyak sangat kenangan.. sepanjang aku berada di CFS ni, aku berkhidmat sebagai Treasurer 1 untuk Facilitator Representative Committee (FRC)
banyak dah program yang kami 'conduct' & lalui.. sama ada jadi committee mahupun peserta..
tapi, apa-apa hal pun...  aku tetap sebagai treasurer.. sebab dah memang tu post aku..  (",)

ok.. aku nak cerita program-program aku sepanjang sem 2, 2010/2011 ni...








hm.. ni lah gambar-gambar meeting kitowang... simple je.. hua3..


ni gambar masa leadtrain... aku sebagai program coordinator..  (",)




ni lah satu-satunya partner 'BAR' aku dlm FRC.. maksud aku yang lelaki.. thanks Mahfuz sebab teman aku.. 
(",)



main air... hihi.. jadi macam budak-budak aku tyme ni.. hua3.. da macam digimon.. hehe..


muka puas bila dah selamat meniti titian gantung... kuang3..



rehat jap..



hm... aku jadi speaker.. dengan partner aku, areefah...  hua3..
(ni program baktisiswa kat penang, bagi talk kat pelajar sekolah menengah)


wat assignment tepi pantai... hua3.. tak siap lagi assignment esok nak kena hantar.. jangan contohi aku.. 
aduh...   =.='



Facilitator Appreciation Night (FAN) our last program..  siyes sedih...  


ucapan president FRC, Halim...  


nampak aku tak?    >_<


hm.. smnanye, banyak lagi nak citer ni.. tapi, menumpang internet pun kat rumah kawan an, so.. faham-faham la..  mungkin lepas ni, aku tak update blog untuk jangka masa yang agak lama.. maafkan aku..  

serius.. sem last aku ni, memang aku rasa sedih.. nak tinggalkan CFS, lecturer-lecturer, kawan-kawan, FRC, LTD.. & lain-lain.. aku sayang kowang semua weh.. ukhwah fillah..  ameen...