Search This Blog

Thursday, May 12, 2011

PESANAN USTAZ TOLHAH -SBPI RAWANG- 7 MEI 2011

  1. cinta Allah & Rasulullah itulah yang utama.
  2. bersabarlah & bersangka baiklah dengan Allah.
  3. meminta pendapat & menimba pengalaman daripada orang lain (yg berpengalaman).
  4. berpuasa sunat.
  5. solat istikharah.
  6. jangan matikan jam (teruskan perjuangan).
  7. bekerja kerana Allah.
  8. menghafaz Quran.
  9. selalu berdoa (b'doa mestilah dibelakangi oleh ilmu).
  10. istiqamah.
  11. cukuplah Allah bagiku (tawakkal).

Wednesday, May 11, 2011

BERJALAN TANPA HENTI




salam alaik.. kawan-kawan sihat? semoga dalam rahmat Allah selalu..  amin..


ok, post kali ni.. nak cakap pasal 'berjalan tanpa henti'... huhu... macam tajuk album Devotees yang baru keluar je... huhu.. best2.. kowang dah dengar belum lagunya? kalau belum dengar.. cepat beli albumnya.. ada 9 track.. semuanya best-best.. memang tak rugi beli..  (",)


hm...  seringkali dalam kita berjalan di atas dunia yang fana ini.. kita merasakan bahawa kita lemah.. tidak berdaya.. betul tak? (tataw la klu kowang x rasa an~ kui3)


kalau macam aku.. seriously i said, "ya Allah, terlalu berat dunia ini untuk ku harungi". Itulah yang seringkali aku rasakan.. dan aku tahu, bukan aku je yang rasa.. ada ramai lagi yang rasa macam apa yang aku rasa.. namun, aku juga yakin, bahawa Allah tidak menimpakan sesuatu ujian itu melainkan pada tahap kesanggupan & kemampuan hamba-hambanya... 


so, berat apapun yang aku rasa & kowang rasa kat atas dunia ni... itu adalah kerana kita mampu untuk mengharunginya..-aku dengan ujian aku & kowang dengan ujian kowang ~ setiap orang diuji berbeza- kita dipilih Allah untuk melalui ujian ini sebagai tanda kasih cintaNya agar kita sentiasa mengharapkan rahmat kasih sayangNya..  huhu.. kan3?


jadi, ingatlah.. kita kan ada Allah.. denganNya, segalanya pasti kita mampu harungi.. ok, nak share lirik lagu 'berjalan tanpa henti'.. i like this song very much.. it really motivates me..  ^^,






BERJALAN TANPA HENTI - DEVOTEES


bagaikan jauh jalan yang ku tempuh
langkah demi langkah akan ku gagah
hari demi hari berjalan tanpa henti
yakin ku ada sinar yang menanti


bila dah bertemu arah
yakin penuh pasrah 
padaNya yang kuasa 
dikau berserah


jika kau rebah
jika kau kalah 
bersaksilah rahmatNya akan terserlah


segala kepahitan
segala keperitan  
terima bagai penghapus dosa


malang yang menimpa
duka yang melara
mungkin di baliknya ada bahagia


jangan berputus asa 
dari rahmatNya yang maha Esa
jangan berputus asa 
ujian lumrahnya dunia





Tuesday, May 3, 2011

KE AKHIR NAFAS




Berjalan sang hamba
di atas muka bumi Pencipta
merempuh dunia yang sangat mencabar
mencalarinya, menggurisnya, menghirisnya
hingga akhirnya jatuh tersungkur

Berkali-kali dia bangun
berjalan semula
sekelip mata dia jatuh kembali
jatuhnya berulang

Seolah kali ini
tiada daya untuk bangkit kembali
dia ingin terus rebah
kembali pada Tuhannya

Tetapi, mengenangkan kotoran pada dirinya
hinanya sang hamba
tak sanggup dirinya untuk pulang dalam keadaan yang penuh dosa

Terus sang hamba berazam
ingin bangun semula
dia berdoa
“ya Allah.. berilah aku manisnya rasa bercinta denganMU, agar setiap ranjau perit yang ku lalui, aku terasa manis kerana aku ingin berkorban hanya untukMu”

Tuhan memperkenankan doanya
Dia menganugerahkan hambanya pasangan
pasangan yg memahaminya

Sang hamba kini
terus mengembara di atas dunia ini
dengan bertemankan pasangannya yang ditakdirkan Allah

Kali ini
terasa dirinya lebih kuat
langkahnya makin gagah
tika jatuh, dia lebih mudah bangun daripada sebelumnya

dia kini sedar
Allah menghantar cintaNya kepada dirinya
melalui perantaraan pasangannya

Akhirnya dia berazam
untuk terus kuat menempuh ranjau dunia
terus dan terus
demi membalas cinta Tuhannya
sehinggalah ke akhir nafasnya

Terima kasih Allah atas segalanya    

                                                                                                                     badar313 
9.55 a.m
13 April 2011
Puchong