Search This Blog

Friday, July 26, 2013

BAGAIMANA HANYA


Setiap malam aku menangis
Bagaimana aku harus menghadapi hidup ini
Pada hari esok

Bagaimana untukku jelaskan derita ini
Memenjara aku dalam sangkar kesedihan
Melemaskan aku dalam air mata penyesalan
Menolakku ke tepi tebing putus asa

Bagaimana inginku jelaskan cinta
Kepada mereka yang tidak faham
Bagaimana inginku ceritakan

Hanya dalam sujud ku lepaskan segalanya
Hanya sejadah tempat tumpahnya air mata ini
Hanya pada pokok hijau ku lemparkan pandangan
Hanya dari situ lahir kedamaianku
Hanya pada langit biru aku memandang
Membasuh jernih mataku melihat tenangnya biru
Bercakap dengan langit adalah lebih baik daripada bercakap dengan mereka

Terima kasih tumbuhan hijau
Terima kasih langit biru tenang

Sungguh keadaan ini telah menghukumku
Dalam penjara dosa

Bagaimana untuk aku jelaskan
Tidak ada yang cuba untuk faham
Ya Allah aku menangis
Hanya menangis dan terus menangis
Hingga satu hari nanti
Andai masih aku di sini
Kau hantarkan keceriaan buat hidupku

Ampuni aku Allah yang Maha Agung

                                                                                                                                  UIA
                                                                                                                                      -17 Ramadhan / 26 Julai 2013-
                                                                                                       

Monday, February 6, 2012

PERGINYA SEORANG SAHABAT


semalam kita
seriang kicau burung camar
mengharapkan sesama
ku dibelai manja

di saat ini
aku kesepian keseorangan
kau tiada lagi
derai tawamu hilang ditelan masa

kini kau dan aku
jauh terpisah
entah bila dan di mana
kita kan bersua

kan ku doakan
agar bahagia  
di samping yang Esa
kau direda selamanya

oh teman


~wahai sahabatku Kamalhadi Rosli,
aku sangat merindui dirimu..

sungguh aku sangat rindu padamu
selama ni, kau yang selalu menggalakkan aku untuk menulis..
kau kata.. ayat aku sastera..
kau bagi sokongan, dorongan..
tapi sekarang, kau dah pergi..
siapa nak bagi dorongan kat aku lepas ni ?

ya Allah, i miss him very much..

tak pernah pun selama ni aku ungkapkan perkataan sayang terhadap kau semasa kau masih di dunia fana ini, aku hanya mengungkapkannya tika kau dah tiada..

maafkanlah aku sahabat 
kau adalah sahabat baikku

ya Allah, rahmatilah dia sahabatku~

Monday, November 7, 2011

TELAH KU PILIH JALAN INI


telah ku pilih jalan ini
untuk memperbaiki diri ini
yang hina dan daif

tiadalah kekuatan pada ku
melainkan Allah lah kekuatanku

telah ku tahu jalan ini meresahkan
telah ku tahu jalan ini bisa melukakan
telah ku tahu jalan ini melelahkan
namun, ini adalah pilihanku
aku mohon kebersamaan MU wahai Tuhanku
dalam jalan pilihanku ini

aku menantikan sebuah balasan
balasan daripada MU oh Tuhan
balasan keredaan yang sangat aku harapkan 

tika aku lemah
tika aku rebah
tika aku lelah
tunjukkan lah hikmah MU ya Allah
kirimkanlah bayu kekuatan padaku

aku mendambakan kebahagiaan di balik keperitan
aku dahagakan sucinya cinta di sebalik pengorbanan
aku mengukirkan senyuman dalam lelah
dalam rebah aku berserah

telah ku reda jalan ini 
telah ku yakin jalan ini
telah ku pilih jalan ini
kerana aku ingin lebih mencintai MU ya Allah
maka permudahkanlah ya Allah


Badar313
7 November 2011

Monday, August 22, 2011

LAILATUL QADR


salam alaik..

ok.. 
aku dah penat menanda kertas peperiksaan..
- percubaan PSRA
- percubaan UPKK
- ujian prestasi

semua kertas-kertas ni nak kena settle tanda sebelum aku masuk UIA..
huaa3~ 
~sebut pasal UIA ni aku 1 hape pown x ready lg, cuak neyh~   sy x ulangkaji lagi.. huaa3~

lenguh asyik menanda jer.. rasa macam nak menulis plak.. =)
sempena dah masuk 10 hari yang terakhir ni..

haa.. aku nak share dengan kowang sedikit info mengenai Lailatul Qadr daripada buku yang aku baca.. bukunya bertajuk.. 'Keajaiban Ramadan' terbitan PTS..

moga ada manfaat ! =)

1. Malam Al-Qadr diakui lebih baik baik daripada 1000 bulan....  wow ! (Surah Al-Qadr).

2. Rekod Muslim menyatakan Lailatul Qadr jatuh pada 7 malam terakhir manakala rekod Bukhari menyatakan ia jatuh pada 10 malam terakhir.

3. Dalam hadis yang direkodkan Ali, Rasulullah berkata, "dapatkan Lailatul Qadr pada 10 malam terakhir Ramadhan. Apabila kalian kehilangan hari-hari sebelumnya, jangan pula kalian terlepas malam-malam terakhir itu".

4. Ibnu Umar merekodkan Rasulullah berkata, "dapatkan Lailatul Qadr pada 10 malam terakhir Ramadhan. Apabila kalian berasa lemah ataupun tidak mampu melaluinya, maka jangan pula kalian kehilangan 7 malam terakhir".

5. Direkodkan daripada Ibnu Khuzaimah, "sewaktu Lailatul Qadr meninggalkan kita, bumi tidak terasa dingin ataupun panas dan matahari terlihat berwarna merah pudar".

6. Ahmad merekodkan, "pada hari itu tidak terasa panas ataupun dingin, dunia sunyi & rembulan bersinar".

ok, ni je.. malas bagi panjang-panjang.. sikit-sikit sudah..  =)
the point is.. Lailatul Qadr itu rahsia Allah.. kita tak tahu bila..
yang penting, kita berusaha memburunya.. cewah.. 

semoga bertemu malam Al-Qadr..  =)
amin..

chaiyok2~ !!    =)

Friday, July 15, 2011

PUISI BUAT HAWA


Hawa ini lemah
Maka tarbiahnya perlukan seni
Cinta Allah dan Rasulullah
Mesti bersemai di dalam hati

Cinta Pencipta adalah segalanya
Inilah kekuatannya
Atau mereka akan lemah

Mereka memerlukan Adam
Sebagai pemimpin
Namun, seandainya Adam tiada
Kuatkah Hawa?
Apakah Hawa kan sakit andai kehilangannya?

Janganlah kau wahai Hawa
Memilih penderitaan ini

Kaulah bunga harapan
Yang menghiasi dunia ini
Baktimu sangat diperlukan
Dalam mewujudkan suasana damai di sini

Adam memerlukanmu
Untuk mentadbir daerah ini penuh cinta
Baktimu sangat tinggi nilainya pada kehidupan hari ini

Jadilah kau insan yang mulia
Semulia Sumayyah, Fatimah dan Khadijah
Yang menyandarkan cinta Allah dan Rasul
Di dalam hatinya


__________________________________________________________


puisi di atas aku menulisnya selepas aku membaca novel 'Titian Nabi'.. yang gambarnya kat atas tu.. novelnya warna kuning.. kisah cinta yang buat aku nak menangis..  


usai aku membacanya.. aku menukilkan puisi ini.. semuanya hasil daripada ilham bacaanku melalui novel tersebut..  ~dan semestinya ilham itu melalui perantaraan Tuhanku~   (",)


hope ada manfaat lah ye..   


salam alaik..

Monday, June 20, 2011

SELAGI HAYATMU DI SINI


aku : adik..  kenapa ni menangis ?

adik : (menangis dengan tangan menutup mukanya)

aku : adik.. kenapa ni ?

aku datang kepadanya, mengeluarkan tisu dari poket kemejaku, aku mendekatkan diriku kepadanya.. tangisannya masih berterusan..

aku : adik.. jangan nangis.. abang ada.. 

dia mengangkat muka, memandang ke arah ku.. aku mengelap airmatanya dengan tisu.. aku memandang kepadanya..

aku : adik kenapa menangis.. cuba cerita kat abang ?

dengan nada suaranya yang perlahan disulami saki-baki tangisan, dia bersuara, namun aku masih mampu mendengarnya..

adik : abang, kenapa Allah uji kita ? (airmatanya kembali berlinang)

aku : Allah uji kita, sebab Allah nak kita selalu ingat padaNya, supaya kita selalu mengharapkan dan bergantung hanya pada Allah.. Allah uji kita sebab Allah sayang kita.. 

adik : saya nak jadi budak baik..  (nada suaranya masih sedih)

dengan rasa kasih sayang, aku memeluknya dengan erat, mencium dahinya..

aku : adik.. percayalah, Allah sayangkan adik, abang percaya, adik budak yang baik..

aku melemparkan senyuman kepadanya.. mengelap airmatanya yang kembali membasahi pipi..

aku: adik, senyum ye.. tak comel la menangis macam ni.. jom ikut abang jalan-jalan ?

akhirnya, dia tersenyum juga..  aku bahagia dengan secebis senyumannya itu.. 
sangat bermakna..

SELAGI HAYATMU DI SINI - DEVOTEES

selagi hayatmu di sini
akan kau meniti hari demi hari
suratan takdir yang menerka
bukan alasan untuk kau memendam duka

dirimu umpama purnama 
yang hilang cahaya dimamah gerhana
terbenam di lubuk gelita 
terbiar dirimu dicengkam derita

namun ku percaya suatu masa akan tiba
deritamu akan pergi jua
biarpun dunia memandangmu hina
tapi tak mengapa
ku kan bersamamu 
mengharungi hidup ini

biarkan mereka kata apa saja
biarkan mereka mencemuh menghina
pedulikan saja halangan yang tiba
semua itu adalah dugaan dariNya

tabahkan hatimu
pasrahkan dirimu
padaNya yang Satu
akan tiba waktu
mereka kan tahu
siapakah sebenarnya dirimu

__________________________________________________________________

aku lah yang menangis.. dialog di atas adalah suara hatiku.. aku sangat lemah.. tiada siapa yang tahu penderitaanku.. melainkan Allah..

aku lah 'adik' dan aku lah 'aku'..  aku yang menangis dan aku yang memujuk diriku sendiri.. aku ingin meluahkan perasaanku ini pada seseorang.. aku berharap, 1 masa nanti, bukan aku lagi yang memujuk diriku.. tetapi orang lain.. yang mana aku dapat curahkan tangisan ini kepadanya.. aku menantikannya ya Allah.. berikan lah aku kekuatan & ketabahan dalam mengharungi dunia yang perit mencalari hatiku ini..  

-hamba yang lemah mengharapkan hidayah Allah selalu menemaninya-

-dalam tangisan aku menulis-

maafkan aku ya Allah..







Wednesday, June 1, 2011

RINDU DARUL QURAN

salam alaik...
kawan-kawan.. tadi aku ternampak 1 album kat facebook, by Darul Quran Jakim.. gambar-gambar peperiksaan akhir pelajar-pelajar persijilan.. ni linknya.. (ada juga kawan aku dalam album ni)  taw tak apa yang aku rasa bila tengok gambar-gambar ni ? 


aku rasa sebak sebenarnya tak dapat masuk DQ.. seriously.. aku tengok gambar-gambar ni.. aku rasa sebak.. cemburu pun ada.. aku teringin nak masuk DQ dari dulu lagi... teringin nak menghafaz Al-Quran kitab yang mulia..


aku masih ingat.. waktu aku dapat tahu yang aku dapat pergi interview DQ persijilan.. aku rasa happy sangat.. 


masih terpahat di ingatan.. aku kena hafaz surah Az-Zariyat.. aku diberi masa lebih kurang sejam.. lepas je aku tahu aku kena hafaz surah apa.. terus aku pergi ke masjid.. aku hafaz surah tu kat sana.. 


sungguh indah masjid DQ.. ada tasik.. suka sangat.. aku fokus menghafaz di salah 1 ruang sudut masjid tu.. ingat lagi.. semangat aku menghafaz..


bila aku di test.. mula-mula ok.. lepas tu sampai kat tengah aku 'stuck'.. aduhai.. mungkin itu sebabnya aku tak layak ke persijilan DQ.. tapi, aku dah mencuba yang terbaik..


aku memang bukan pelajar DQ.. tapi aku suka sangat DQ.. ramai kawan-kawan aku DQ..  suasananya tenang bagi aku.. walaupun seumur hidup ni.. aku cuma pernah sekali je jejakkan kaki di sana..iaitu masa interview..


aku rindu nak pergi sana lagi.. teringin nak jadi pelajar sana.. tapi, Allah lebih tahu kan..


bila aku tahu yang aku tak dapat persijilan.. aku berazam nak apply diploma pula.. dan Alhamdulillah aku dapat surat temuduga di Masjid Negara.. happy sangat waktu dapat surat tu..


aku ditemani kawan aku Azhar waktu nak pergi interview kat Masjid Negara tu..
ada 2 ujian.. 1 bahasa arab & 1 lagi 'of course' lah hafazan kan.. hafazan aku kena page ke-2 surah Maryam..


namun.. diploma pun aku tak dapat.. i did try my best.. but Allah knows better for me.. sekarang ni pun.. aku da masuk UIAM.. dah habis matrik  & nak sambung degree bulan 9 ni.. insyaAllah..


aku saja je nak cerita kat kowang apa yang aku rasa.. aku suka DQ.. aku teringin nak menghafaz Alquran.. tapi, aku ni lemah.. semangat tak kuat.. oh ya Allah.. berikan aku kekuatan..   


apa-apa pun.. semoga ajaran Al-Quran sentiasa menjadi pegangan dan amalan kita..
semoga aku kuat ya Allah.. dan kowang semua..


salam sayang.. salam ukhuwwah..  fi amanillah..