Search This Blog

Monday, October 25, 2010

CEMBURU SI HUMAIRA


Salam alaik.. hm.. kowang sihat ke ? moga dalam kasih sayang Allah selalu... kali ni, aku nk cakap tentang cemburu..
hm.. cemburu tu apa ea ? huk3....

tah la... it's hard to explain rite.. it's a feeling.. (cewah.. aku ni, macam pernah rasa je).. hua3.. pernah kowang rasa cemburu tak ? kenapa ? dengan siapa ? huk3...

agak-agak kan....
  • cemburu tu indah ea ?
  • cemburu itu sayang ?
  • best ea cemburu ?
  • cemburu menguatkan cinta atau melemahkan cinta ?
hu2... untuk menjawab persoalan ini... cukuplah dengan aku mengisahkan 1 cerita kat kowang... lepas tu, kowang fikirlah sendiri jawapannya... hi2..

ceritanya macam ni...

Rasulullah s.a.w sangat m'cintai Khadijah, isteri pertamanya.. sungguh, Khadijah itulah wanita yang bijak meneguhkan hati suaminya pada saat semua orang membenci suaminya.. dialah jua insan yang sanggup mendermakan seluruh hartanya pada saat semua orang enggan memberinya...dialah jua wanita yang mampu memberi Rasulullah keturunan...

sangat dekatnya Khadijah di hati Nabi...

pujian yang meniti di bibir Nabi terhadap Khadijah menimbulkan kecemburuan Aisyah walaupun pada ketika Khadijah telah tiada...

hu2... Humaira cemburu..

Aisyah berkata, " Saya tidak pernah cemburu kepada seorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah kerana Rasulullah sering menyebut-nyebut namanya.." (Muttafaq a'laih)

Aisyah melanjutkan cerita, "Jika Rasulullah menyembelih kambing, maka Baginda berkata.....
'bahagikan kepada teman-teman Khadijah.' Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata.... 'lagi-lagi Khadijah !'. Baginda bersabda, 'Sesungguhnya, aku amat m'cintainya' (Muttafaq a'laih)

hm... macam tu lah ceritanya.. best kan... cemburu tu bagi aku, tanda cinta & menambah atau menguatkan lagi kasih sayang...tapi, mestilah cemburu kerana Allah.. saya suka...

sekian.. wallahu a'lam...

Friday, October 8, 2010

JAGALAH AKU YA ALLAH...




ya Allah
kenapa lah aku lemah sangat ?
aku rasa aku lah hambaMU yang paling lemah dalam dunia ini
aku rasa aku lah yang paling berdosa di atas bumi ini
kenapa.. kenapa.. kenapa ?

luluh hatiku kerana mengharapkan cintaMU
penat sudah aku berjuang
lelah sudah nafasku di dunia ini
rasa ingin mati
kerana dah tak sanggup untuk melakukan dosa pada masa depan
tapi, kalau mati pun
aku tak bersedia lagi
bila aku nak bersedia ya Allah ?

penat aku solat
penat aku bertaubat
tapi, semuanya hilang disebabkan dosaku yg membunuh
hatiku yang terkorban

aku merasakan tidak pernah rasa secebis pun kebahagiaan dalam hidupku
kerana timbunan dosa yang aku lakukan
dosa yang berulang
janji juga berulang
tapi, dosa tetap berulang
bila aku nak berhenti ni ya Allah ?

ya Allah
apa itu kebahagiaan ?
apa itu manisnya berjuang ?
sudi tak tunjukkan pada ku ?
walaupun sesaat
aku ingin benar merasainya
moga selepas merasa
aku mampu kuat kembali untuk berjuang

ya Allah
hambaMU yang paling hina di dunia ini
ingin minta tolong
kabulkan lah permintaanku ini

"berikan lah padaku kekuatan, kerana padaku langsung tiada kekuatan, & matikan aku dalam iman"

Badar313
4.40 a.m
8/10/2010