Search This Blog

Tuesday, December 28, 2010

ISTERIKU


Isteriku
Maafkan aku
Andai cinta ini pernah ternoda
Sebelum aku mengenalimu

Kekasihku
Tiada ku tahu
Di manakah kau saat ini
Tiada ku tahu
Siapakah kau yang telah tertulis

Ya Allah
Aku merindui dirinya
Sungguhpun aku tidak kenal siapanya
Tidak tahu akan rupanya
Aku reda dalam rahsia
Semuanya itu rahsiaMU

Ya Allah
Aku lemah
Maka kuatkan lah aku
Sepertimana kau hadirkan
Khadijah kepada Muhammad
Fatimah kepada Ali
Hawa kepada Adam

Ya Allah
Aku ingin mencintaiMU
Jua RasulMU
Bersama-sama isteriku

Sayang
Aku ingin kau tahu
Bahawa aku ingin mencintaimu
Sepenuh hatiku
Agar bertambah cintaku
Kepada Allah & RasulNYA

Ya Allah
Andai aku mati tanpa isteri
Hadirkan lah bidadari di sampingku
Di akhirat kelak
Aku ingin bertemuMU
 Dalam dakapan kasihMU

Badar313 
11.50 p.m
27/12/2010

Friday, November 19, 2010

PUISI CINTA


Cinta itu anugerah

Maka mesti kau mensyukurinya

Cinta itu fitrah

Maka mesti kau meredainya

Cinta itu amanah

Maka mesti kau memeliharanya

Cinta itu fitnah

Maka mesti kau kuat menghadapinya

Cinta itu indah

Maka deritalah siapa yang tidak merasai keindahannya


Cinta itu kekuatanku

Tanpanya aku menjadi lemah

Nafasku lelah

Semangatku luntur

Dan tak mungkin aku masih di sini

Namun, cinta jua kelemahanku

Andai ku salah memahaminya

Maka aku akan derita di dalamnya


Duhai sahabat

Carilah cinta di atas jalan yang suci

Agar kau temu kekuatan pada dirimu

Andai itu kau temui

Pasti langkahmu mudah

Dalam perit kau tertawa

Dalam sakit kau tersenyum

Dalam tangis kau bertenang

Dalam derita ada bahagia


badar313 / 18 nov 2010

Monday, October 25, 2010

CEMBURU SI HUMAIRA


Salam alaik.. hm.. kowang sihat ke ? moga dalam kasih sayang Allah selalu... kali ni, aku nk cakap tentang cemburu..
hm.. cemburu tu apa ea ? huk3....

tah la... it's hard to explain rite.. it's a feeling.. (cewah.. aku ni, macam pernah rasa je).. hua3.. pernah kowang rasa cemburu tak ? kenapa ? dengan siapa ? huk3...

agak-agak kan....
  • cemburu tu indah ea ?
  • cemburu itu sayang ?
  • best ea cemburu ?
  • cemburu menguatkan cinta atau melemahkan cinta ?
hu2... untuk menjawab persoalan ini... cukuplah dengan aku mengisahkan 1 cerita kat kowang... lepas tu, kowang fikirlah sendiri jawapannya... hi2..

ceritanya macam ni...

Rasulullah s.a.w sangat m'cintai Khadijah, isteri pertamanya.. sungguh, Khadijah itulah wanita yang bijak meneguhkan hati suaminya pada saat semua orang membenci suaminya.. dialah jua insan yang sanggup mendermakan seluruh hartanya pada saat semua orang enggan memberinya...dialah jua wanita yang mampu memberi Rasulullah keturunan...

sangat dekatnya Khadijah di hati Nabi...

pujian yang meniti di bibir Nabi terhadap Khadijah menimbulkan kecemburuan Aisyah walaupun pada ketika Khadijah telah tiada...

hu2... Humaira cemburu..

Aisyah berkata, " Saya tidak pernah cemburu kepada seorang wanita seperti kecemburuanku kepada Khadijah kerana Rasulullah sering menyebut-nyebut namanya.." (Muttafaq a'laih)

Aisyah melanjutkan cerita, "Jika Rasulullah menyembelih kambing, maka Baginda berkata.....
'bahagikan kepada teman-teman Khadijah.' Saya pernah membuat Rasulullah marah apabila berkata.... 'lagi-lagi Khadijah !'. Baginda bersabda, 'Sesungguhnya, aku amat m'cintainya' (Muttafaq a'laih)

hm... macam tu lah ceritanya.. best kan... cemburu tu bagi aku, tanda cinta & menambah atau menguatkan lagi kasih sayang...tapi, mestilah cemburu kerana Allah.. saya suka...

sekian.. wallahu a'lam...

Friday, October 8, 2010

JAGALAH AKU YA ALLAH...




ya Allah
kenapa lah aku lemah sangat ?
aku rasa aku lah hambaMU yang paling lemah dalam dunia ini
aku rasa aku lah yang paling berdosa di atas bumi ini
kenapa.. kenapa.. kenapa ?

luluh hatiku kerana mengharapkan cintaMU
penat sudah aku berjuang
lelah sudah nafasku di dunia ini
rasa ingin mati
kerana dah tak sanggup untuk melakukan dosa pada masa depan
tapi, kalau mati pun
aku tak bersedia lagi
bila aku nak bersedia ya Allah ?

penat aku solat
penat aku bertaubat
tapi, semuanya hilang disebabkan dosaku yg membunuh
hatiku yang terkorban

aku merasakan tidak pernah rasa secebis pun kebahagiaan dalam hidupku
kerana timbunan dosa yang aku lakukan
dosa yang berulang
janji juga berulang
tapi, dosa tetap berulang
bila aku nak berhenti ni ya Allah ?

ya Allah
apa itu kebahagiaan ?
apa itu manisnya berjuang ?
sudi tak tunjukkan pada ku ?
walaupun sesaat
aku ingin benar merasainya
moga selepas merasa
aku mampu kuat kembali untuk berjuang

ya Allah
hambaMU yang paling hina di dunia ini
ingin minta tolong
kabulkan lah permintaanku ini

"berikan lah padaku kekuatan, kerana padaku langsung tiada kekuatan, & matikan aku dalam iman"

Badar313
4.40 a.m
8/10/2010






Monday, September 6, 2010

AKU & FRC

salam.....kowang apa khabar? sihat? em...di kesempatan ini...aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri...walaupun dah lambat sebenarnya nak ucap...aku nak minta maaf jugak kat kowang atas semua kesalahan aku selama ni..harap kowang maafkan...

balik je cuti raya ni, terus final exam..peh..susah nyer nak studi time cuti ni.. hua3... tak boleh jadi ni...kena studi jugak!!!!!!!! hu3...

em..post ni, aku juz nak share dengan kowang..aktiviti aku bersama Facilitator Representative Committee (FRC)..em...bagi kowang yang tak tahu FRC ni apa..biar aku terangkan sikit..
FRC ni sebenarnya Majlis Nuqaba'...ala...macam kat sekolah-sekolah dulu.....dulu kan kalau kita duduk asrama ada usrah kan...lepas tu ada naqib kan..tp, ada jugak sekolah yang tak ada..so, Faci ni sebenarnya naqib.. biasa la UIA.. semua nya in English...halaqah kami pun dipanggil 'study circle'

ni ada la sikit gambar2 program..tak banyak pun.. tengoklah..



syarahan b.arab 'sister'




ha....2 gambar di atas ni..kat tengah padang CFSIIUM Nilai...dengar ceramah tentang Palestin.. bagus betul mereka ni..baru balik terawih 8 rakaat ni...tu yg ade b'telekung lagi tu..



pergh!!!aku buka kelas nahu da...hua3..



Free Palestin!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



meeting...meeting...meeting..



kowang nampak pen ni? ini aku buat sendiri taw...bukan beli... hua3..
(jangan marah Fikri)





FRC Sports Day

Saturday, August 21, 2010

SALAM RAMADHAN

salam alaik...
lama tak menaip...
Alhamdulillah malam ni ada kesempatan utk menulis lagi...aku juz nak ucap...selamat beramal dlm bulan Ramadhan ni..syukurlah sebab sempat sampai lagi Ramadhan tahun ni..tu pun tak tahu sempat sampai Syawal ke tak....betul tak?
ingat...nabi pesan..orang yang paling bijak ialah orang yg selalu m'ingati mati.....

aku nak ajak kowang hayati kata-kata ni :-

siapa yg mendengar dgn telinga, maka dia ialah seorang pencerita...
siapa yg mendengar dgn hati, maka dia seorang yg sedar....
siapa yg memberi nasihat dgn perbuatan, dia ialah seorang PETUNJUK...

ok...simple je kan...tp maksudnya mendalam..fikirkan..dan bertindak.... selamat beramal...
('',)






Sunday, July 25, 2010

MY WIVES




(gambar hanya hiasan semata)

عندي ثلاث زوجات. هن مريم، وفاطمة، وحميراء. كل واحدة منهن مميزات خاصة. مريم بمفضلتها على قراءة الكتابة. فاطمة بمفضلتها على الطبخ. وحميراء بمفضلتها على صوتها الجميل.

زوجتي الأولى، مريم. وهي ذكية مثل ابن سينا. هي طالبة الطب في الجامعة الإسلامية العالمية بماليزيا. وعلى الرغم من أنها طالبة الطب، وهي تستوعب العلوم والمعارف الأخرى، وعلى سبيل المثال؛ اللغة العربية، واللغة الإنجليزية، والهندسة، والمنطق، والرياضيات، والهندسة المعمارية، والقانون، والفقه، والاقتصاد، والموسيقى، والفلك، والشعر. كانت تحب القراءة العلمية. أكتب المكان غرفتها. عدد كتبها كثيرة جدا كرمل في شاطئ البحر. كانت غرفتها مملؤة بالكتب. إذا دخلت غرفتها، لا يمكن أن أنظر إليها، لأن وجدت كتبها في كل طرف غرفتها، من طرف اليمنى إلى اليسار، ومن الأرضية الى السقف. وهي في وسط الغرفة، وتُلتفت كتبها. في كل يوم، تقراء مئات من الكتاب على الأقل.

أما زوجتي الثانية؛ فاطمة، فهي تفضل الطبخ، و طعامها لذيذ جدا. وهي تبقى في المطبخ لأنها تطبخ في كل وقت إلا في الصلاة، والنوم، وخروجها لتشتري المأكولات في المركز التجاري. الأوقات التي تستغرق فيه طويلة جدا، كانتظار الفاكهة الناضجة. وعلى الرغم من ذلك، تستطيع فاطمة أن تطبخ بسرعة جذا. في الساعة الواحدة، تستطيع أن تعد مئات من المأكولات. وكلها لذيذة. كل مرة آكل في البيت، أشعر بسعادة لأن المأكولات كالمأكولات في الجنة. في كل يوم، ستعد الفطور لي. طبخها لذيذ جدا حتى لا أستطيع التوقف عن الأكل. أنا دائما متأخر إلى الإدارة لأنني أتناول الفطور في وقت طويل معها في البيت. إنها تستمتع بعملها في المطبخ كما أستمتع بتزوج بثلاث نساء.

وزوجتي الأخيرة اسمها حميراء. كان صوتها مثل ألحان الهمس الجميل. إن كلامها متعة و سكينة لي. إذا واجهت المشاكل، فصوتها يكفي لي. عندها ملكة الغناء. كان صوتها أجمل في العالم. إذا تنشد في حديقة الزهور، فإزهار كل الزهور الذابلة. و سوف تطاير طير في أنحاء العالم وتلتفت إليها. عندما غنائها، ستنور البروج بضوء الساطع، كما الشمس في السماء. سوف يطلع قوس قزح لمدة ثماني ساعات. ثم يتوقف الإنسان عن المقاتلة في الأرض. إذا عندي مشكلة صعبة في النوم، فتغني إلى أذني بالهمس الجميل. بعد ذلك، أنام بسهولة وسكينة. كل الكلمات التي قالت، الكالمات الجميلة فحسب، كالأشعار العربي. إن كلامها دائما يسكن قلبي و يشجعني على الحب إلى الله ورسوله.

أشكر الله على هبة زوجاتي. كل واحدة منهن في أعماق قلبي. إنهن الحوراء في الدنيا والأخيرة. أدعو الله لحياتنا في الجنة.

Saturday, June 12, 2010

BIDADARI COMEL


Bismillahirrahmanirrahim.....

salam alaik... apa khabar adik-adik semua?
(mcm la aku ni abang) he2..

World Cup dah mula... habis lah.. pasni semua demam bola, selsema bola, batuk bola...kuang3...
aku pun minat bola jugak...aku sokong Spain...hu3...tp, nasihat aku... tengok bola tu jangan sampai lalai mengingati Allah yer..

hm...post kali ni...juz nak kongsi sedikit ilmu yang aku dapat melalui ceramah yang bertajuk 'Bila Terasa Rindu' yang disampaikan oleh kak Fatimah Syarha pada 9 Januari lepas...

pernah tak kowang tertarik pada seseorang? mesti lah pernah..tak kan tak pernah... apa la aku ni, tanya soalan yang da taw jawapan kan..biasa lah tu.. benda tu fitrah..mana boleh lari..

hakim : oi.. apa pandang-pandang tu?

no name : (membisu)

hakim : ooh...kau pandang dia kan?

no name : mana ada lah

hakim : alah.. aku nampak lah.. kau suka dia kan? (aku mengusik)

no name : eh.. kau ni...tah2.. kau yang suka dia tu

hakim : (kurang asam tol dia attack aku balik)

dah............dah...............dah..............
cukup la sampai sini jer dialognya...
kat atas ni contoh dialog yang aku bawa untuk tunjukkan kat kowang bahawa rasa suka tu bole datang dengan hanya memandang....uisy...dengan hanya melihat, boleh buat seseorang tu rasa suka atau timbul rasa cinta...betul ke? tah...tak tahu...

dalam hidup ni... kita berjumpa ramai orang kan.. ada masa, mesti kita pernah tertarik kepada seseorang kan..kalau jumpa perempuan lawa, mesti rasa nak pandang kan... adoi... bahaya tu...
it's normal k...so, cuba fikir yer... sebab apa kita rasa nak pandang dia? sila pilih jawapan di bawah....

  • (a) dia lawa
  • (b) dia cantik
  • (c) dia comel

ha3... semua jawapan lebih kurang sama jer...apa lah kau ni (aku).....serupa tak payah bagi pilihan jawapan, semua sama jer...hm...sebab apa aku bagi pilihan jawapan macam tu?????????
sebab... memang jawapan kukuhnya.. kita pandang dia sebab dia lawa kan.. betul tak?

ha....memang tak dinafikan...betul tak? hm... kadang-kadang kita bukan nak pandang pun.. tp, ada masa tu, kadang- kadang, tak sengaja terpandang...pernah jadi tak? pastu bila dah terpandang tu.. kita tahu muka dia lawa... pastu pergi pandang lagi...adoi...jangan la macam tu..
tak baik taw... malu dia nanti...

hm...kita sebagai lelaki, Rasulullah memang dah pesan bahawa kaum perempuan ni merupakan ujian berat bagi kita...so, jaga lah pandangan yer...(perempuan pun sama jugak ye)

ok...persoalannya di sini... bila kita dah pandang seseorang itu..dan kita tertarik pada dia... apa yang perlu kita buat????

ok...jawapannya... hm... macam ni... sebab apa kita pandang dia? sebab dia lawa kan (kalau perempuan) and sebab dia handsome (kalau lelaki)....
1st thing yang kita kena ingat ialah... keindahan wajah (orang yang kita tertarik tadi tu) milik siapa? siapa yang memberikan rupa paras itu pada dia? haa... jawab2...

sudah tentu Allah....kan? so.. lihatlah kecantikan Allah...Allah itu maha cantik..apa yang kita lihat cantik di muka bumi ini semuanya ciptaan Allah.. jadi, rupa paras yang cantik tadi tu berperanan menunjukkan kepada kita akan keindahan Allah... faham?

dalam dunia ni.. ada berapa ramai orang lawa? kowang boleh bilang ke? confirm tak boleh kan?
betul tak? haa...betapa hebat Tuhan yang menjadikan rupa paras manusia...aku nak kongsi dengan kowang 1 hadith..

"Allah m'anugerahkan kecantikan itu kepada hamba-hambaNya dan sekiranya kecantikan itu diletakkan dalam 1 guni, maka bagi ketampanan yang dimiliki Yusuf adalah 50% dan baki lagi 50% dimiliki oleh seluruh manusia di dunia..." riwayat Muslim..

betapa indahnya wajah nabi Yusuf bukan? ini baru sedikit, betul tak? bagaimanakah dengan rupa Zat yang menghiasi rupa paras manusia ni tadi (Allah)... pasti sangat indah... maha indah... Subhanallah..

maka, apabila kita tertarik kepada wajah seseorang...ingat lah akan keindahan Allah.. kerana jika kita mengingati akan keindahan Allah.. yang maha indah.. maka keindahan dunia dan isinya akan lenyap kerana kita hanya mencintai keindahan Allah.. merindukan Allah....hm...tapi, jangan lah pulak kowang kata macam ni...

hakim : oi...apa pandang-pandang tu?

no name : (membisu sambil berzikir)

hakim : oh.. kau pandang dia ek? weh, jaga mata lah...

no name : biarlah... aku sedang menghayati keindahan ciptaan Tuhan..

AMBOI-AMBOI..... boleh pulak kau bagi alasan tu yer...kurang asam tol!!! kuang3..
salah tu... jangan buat macam tu yer...

ok...harap kowang faham apa yang aku cuba nak sampaikan... carilah keindahan bercinta dengan Allah... aku sendiri dalam kesamaran meraih cinta ilahi..semoga Allah membimbing aku dan kowang semua....

wallahu 'alam....

Monday, May 31, 2010

SELAMATKAN ISLAM!!!


salam..
kali ni aku serius...

menurut laporan terkini.. misi Armada Kemanusiaan Gaza yang membawa bantuan kepada penduduk Palestin telah diserang!!!!!

seramai 19 orang telah terkorban..sementara lebih daripada 60 orang dilaporkan cedera..
tentera Israel menyerang!!!!!! jahat betul mereka ni!!!!!

armada dah diserang... macam mana bantuan nak sampai ke palestin??
ya Allah... bantulah para mujahid MU....

kawan-kawan...
dengarlah suara saudara-saudara kita di sana..
bantulah mereka...

macam mana nak bantu?

  • selalu berdoa untuk keamanan Palestin.
  • boikot produk Israel.
  • jangan buang masa dengan perkara sia-sia.
  • tingkatkan ilmu, iman dan taqwa.
  • selalu mengambil tahu perkembangan Palestin dan mengkhabarkannya kepada rakan-rakan.
  • jangan melakukan maksiat.
  • sentiasa menyemai rasa cinta terhadap agama Islam dalam hati.
kita di sini juga mesti berjihad... jihad apa?
jihad memerangi nafsu sendiri!!!

wallahu a'lam..

KEMBARA SANG HELANG


aku seekor helang

aku ialah helang
terbangnya aku kerana Allah

aku meliar di awangan hutan
terasa damainya suasana
hijau yang suci
ku memuji Allah

terus aku kembara
singgah melihat satu fenomena
bandar

dengan mata tajam ku
jelas terlihat jahiliah
ah! di sini anak derhaka
melawan ibu bapa sendiri

ku terbang ke sana
ah! pencabulan maruah seorang wanita pula
aku jadi resah
tak sanggup aku di sini

terus sayapku beralih arah ke utara
ah! ku lihat pencurian dan perjudian kali ini
manusia saling menindas
semata kerana
mencari isi dunia
yang sementara

ku mengepakkan sayap ku ke selatan
ah! kezaliman!
manusia saling berbunuhan
kasih sayang tiada
saling membenci
hasad dengki

ku ke barat pula
ah! manusia berzina
seks bebas di merata
aku ingin muntah
aku sakit melihat perangai manusia

ku terbang pula ke timur
ah! bayi-bayi yang tidak bernyawa
ada di mana-mana

aku sakit
sakit aku
melihat kemungkaran di sana sini

aku hairan
bukankah manusia dikurniakan akal?
untuk memikirkan kekuasaan Tuhan
sesungguhnya
semua perbuatan mereka akan ditanya kelak

argh!
aku tak mahu berada di sini lagi
aku ingin ke kampung hijau ku
aku kembali ke hutan

sap!
seekor tikus menjadi santapan ku
ini rezeki aku
yang telah Kau tetapkan ya Allah
aku bersyukur
terima kasih Allah

Badar313/ dinihari
Nilai/ 31 Mei 2010

Sunday, May 30, 2010

TAARUF WEEK UIAM 2010/2011



kenangan taaruf week 2010/2011


Salam......
angin sepoi-sepoi bahasa menyelinap ke segenap ruang tubuhku..huhu.. mencari ilham untuk terus menulis...

Aku baru je selesai 1 program besar UIAM, that is, Taaruf Week..it's a great experience for me..thank you Allah for everything...

Program ini merupakan program orientasi bagi kemasukan pelajar asasi UIAM bagi sesi 2010/2011....aku dimasukkan dalam biro examination (major) dan registration (minor). Ahli biro aku terdiri daripada pelbagai kos.............seperti Architechture, Pharmacy, Dentistry dan lain-lain..(1st time dapat berinteraksi dengan mereka) kebanyakan daripada merupakan pelajar UIAM Petaling Jaya..sangat seronok dapat bertukar-tukar cerita dan pengalaman dengan pelajar UIAM PJ..huhu..

Kali ni aku nak cakap pasal toleransi..kowang taw tak pe tu toleransi????
penting tak toleransi ni???? tah.. tak tahu...

Sepanjang program Taaruf Week berlangsung, kami biro examination banyak kali ber'meeting' untuk menyelesaikan kekalutan mengendalikan English Placement Test (EPT), Arabic Placement Test (APT) dan Tilawah entrance test (Tent).

Dalam meeting kami, terdapat beberapa sedikit ketidaksefahaman antara lelaki dan perempuan..sebenarnya agak banyak..kuang3..lelaki selalu nak habis cepat meeting.. masalahnya kecil jer..tapi, perempuan fikir jauh giler, memang berpandangan jauh la..huhu.. (tapi bukan semua perempuan la).....sampai keluar topik..haha..betul tak? jangan marah..kuang3... tapi, tak dinafikan bahawa idea daripada perempuan juga terbaik!!!!! huhu..

Ada satu malam tu, kami meeting sampai pukul 12 lebih..tapi hanya membabitkan beberapa ahli sahaja..aku salah seorang daripadanya..
masalah nak uruskan exam ni memang rumit..susah nak terangkan..mungkin ramai yang kata kerja biro examination ni senang jer.. tapi, hanya ahli-ahli examination sahaja yang taw kepayahan menguruskannya!!!!!!

Malam tu suasana agak tegang..terdapat ketidaksefahaman antara ahli..kami menemui jalan buntu..selepas beberapa ketika, penolong kami yang bernama Meryem, meminta aku membaca doa..

Maka aku pun segera memimpin doa.. doa aku lebih kurang macam ni la " ya Allah, permudahkanlah urusan kami, tabahkan kami menghadapi ujian MU, tunjukkanlah jalan MU ya Allah kepada kami yang menemui jalan buntu ini"

Selepas doa, terasa insaf sikit..sebab selama ni mungkin berbincang sampai tak ingat Allah..astaghfirullah.. then, kami sambung berbincang...akhirnya, kami menemui jalan keluar..syukur ya Allah..

Sebelum bersurai kami menutup majlis dengan doa yang menyatakan kesyukuran kepada Tuhan..

Aku juga pernah mendengar seorang sahabat baruku (ahli examination) yang bernama Muaz.. dia kata lebih kurang macam ni lah " ingat lah, semasa bermesyuarat, jangan ingat bahawa idea kita tu adalah yang terbaik, sekiranya idea kita diterima oleh ketua, beristighfarlah kerana di situ mungkin ada tipu daya syaitan, dan sekiranya tidak diterima, maka bersyukurlah kerana ada hikmah disebaliknya"......

Pergh!!!!mantap giler ayat dia..aku pun terdiam..rasa insaf dan rasa tertampar juga..aku sendiri pun tak pernah terfikir macam dia (bila dia kata istighfar sekiranya cadangan diterima ketua) aku diam jer waktu tu..

In conclusion... dalam kerja berpasukan ni, kita mesti ada:-


  • memulakan mesyuarat dan menutup mesyuarat dengan zikrullah.
  • memberikan idea yang baik dan jangan mentah-mentah menolak cadangan orang lain.
  • jangan fikir bahawa idea kita yang terbaik!!!!!
  • toleransi yang tinggi antara ahli.
  • sabar.
  • saling membantu sesama ahli, jangan bersikap lepas tangan, semua ahli mesti terlibat, jangan curi tulang.
  • mengusahakan yang terbaik, dan selebihnya tawakkal kepada Allah.
Sebenarnya banyak lagi, kalau kowang nak tambah silakan...
ingatlah sahabat, kita bekerja semata-mata kerana Allah, atau lebih dalam lagi, kerana mengharapkan reda Allah..

Kami daripada biro examination akhirnya dapat menangani segala masalah dan menjalankan tugas dengan baik dengan bantuan Allah.. begitu juga dengan ahli comittee daripada biro yang lain... kita dah buat yang terbaik untuk program Taaruf Week kali ni.. Chaiyok3...aku merindui sahabat-sahabat ku di PJ.. semoga kita bertemu lagi...

Wallahu a'lam...

Monday, May 3, 2010

JANGAN LA SALAHKAN CIKGU



Bismillahirrahmanirrahim.........

salam...
hm.......smnanya final exam semakin mendekat...tapi, preparation rasa macam kurang jer.. tah la.. semoga Allah membimbing aku.. amin ya Allah..

aku nak kongsi dengan kowang apa yang aku rasa dengan kerenah para pelajar kita yang menyalahkan cara pengajaran cikgu-cikgu mereka dalam kelas...

macam ni.. telinga aku sakit sangat kalau ada antara kita yang kata macam ni :

  • " ustaz tu ajar tak best la, boring lah....aku tak boleh terima la cara dia, tak masuk kepala ah"

  • "ustazah tu, suara dia perlahan sangat, teknik dia mengajar tak bagus, mengantuk la..macam mana aku nak faham "

  • " ustazah tu terang panjang sangat, habis 1 perenggan dia terangkan sampai setengah jam, lamanya......bagi aku macam buang masa"


hm......kat atas ni antara contoh dialog para pelajar yang mencari alasan untuk menyatakan mereka tak berminat belajar atau tak boleh belajar disebabkan teknik pengajaran guru mereka..

memang lah, teknik pengajaran oleh guru tu sangat penting, aku tak nafikan..kerana ia juga merupakan salah satu daripada faktor yang menyumbang kepada kejayaan para pelajar... tapi, sedar tak kowang?? sedar apa? ha..... ni aku nak habak ni, kejayaan pelajar itu ditentukan oleh oleh usahanya sendiri (bersama pertolongan Allah), bukan di sebabkan pengajaran cikgu... cikgu cuma membantu 20% jer... selebihnya, lagi 80% tu, usahanya mesti daripada kita...

ha... kalau da macam ni, kenapa ada di antara kita yang menyalahkan cikgu... ok, kalau betul nak salah kan cikgu, cuba kowang fikir balik... manusia ni kan memang ada kelebihan dan kekurangannya sendiri, termasuk aku dan kowang.. kita tak tahu penat lelah cikgu untuk mengajar, lepas tu senang2 jer nak kata dia mengajar tak bagus, setiap cikgu ada cara dan teknik komunikasinya tersendiri, kalau kita nak semua cikgu mengajar ikut selera kita jer, tak logik la...mana mungkin semua cikgu boleh mempunyai cara pengajaran yang serupa, sebab lain orang lain ragam... kita mesti menerima siapa pun cikgu kita... bersyukurlah ada cikgu, daripada belajar sendiri, lagi susah kan...

sekali pun kita nak salahkan cikgu, apa alasannya? mungkin ada yang berpendapat begini........

  • cikgu ajar boring - hm.. kenapa boleh rasa boring...pelik.. kalau kita berminat dan ghairah dalam mencari ilmu Allah atas muka bumi ni...maka kita akan gembira apabila mendapat ilmu baru....kita akan menghargai ilmu seperti menghargai kehadiran isteri di sisi kita (cara cakap macam la aku dah kahwin) hm.. kalau main game bola tu tak boring pulak sampai sejam lebih..betul? taw sebab apa? sebab kita suka game tu... same jugak macam pelajaran, kita kena suka dulu subjek tu... faham? kalau kita tak pernah nak suka, macam mana nak timbul ikhlas dalam hati... ngerti?

  • cara cikgu ajar mengantuk lah - ceh.......mengantuk la pulak... kalau mengantuk tu tahan lah.. aku pun kadang-kadang mengantuk jugak dalam kelas...kesip la gula-gula ke apa ke, tapi jangan la kowang pergi bawa nasi kerabu pulak dalam kelas, melampau tu...kuang3...kalau betul kita semangat, mesti kita akan sedaya upaya melawan syaitan yang sedang berusaha menyapu celaknya pada mata kita.............hm...lepas tu, ada yang bagi alasan mengantuk sebab tidur lambat.....adoi..... yang pergi tidur lambat sampai pukul 4 pagi tu apasal?? kalau studi tak apa jugak..ni tak, main game, borak-borak, tengok bola.... aku tak kesah kalau nak tengok bola, tapi jangan la sampai tak pergi kelas esok nya...atau pun pergi kelas, tapi tidur.....kan rugi tu...rugi sangat.. tak dapat ilmu kalau tidur pun...keluar air liur basi lagi ada la...

  • penerangan cikgu panjang meleret - hah.....ni lagi 1 alasan.. bagi aku, bagus sangat lah kalau cikgu terang panjang-panjang, banyak-banyak kali... dia nak bagi anak murid dia faham...sebab tu dia ulang banyak kali... tapi, kalau dah syllabus tak habis-habis lagi tapi final exam dah dekat...itu memang kita perlu lah untuk memberitahu cikgu tu supaya cepat sikit agar dapat habiskan syllabus..mungkin dia tak perasan.. 'excited' sangat mengajar..

hm..... tuntasnya, kita kena sedar, kalau kita betul nak ilmu.. kita yang kena pergi carinya... dan dalam perjalanan mencarinya, bukan mudah....ia ibarat merentas titi yang penuh dengan duri-duri tajam.... malah lebih dari itu....kalau kita punya pointer rendah..muhasabah diri balik salah siapa, jangan menuding jari ke arah orang lain, lagi-lagi cikgu..ingat, KITA YANG KENA MEREDAH HUTAN, BUKAN HUTAN MEREDAH CARI KITA...tak logik... wallahu 'alam....