Bagaimana aku harus
menghadapi hidup ini
Pada hari esok
Bagaimana untukku
jelaskan derita ini
Memenjara aku dalam
sangkar kesedihan
Melemaskan aku dalam
air mata penyesalan
Menolakku ke tepi
tebing putus asa
Bagaimana inginku
jelaskan cinta
Kepada mereka yang
tidak faham
Bagaimana inginku
ceritakan
Hanya dalam sujud ku
lepaskan segalanya
Hanya sejadah tempat
tumpahnya air mata ini
Hanya pada pokok hijau
ku lemparkan pandangan
Hanya dari situ lahir
kedamaianku
Hanya pada langit biru
aku memandang
Membasuh jernih mataku melihat tenangnya biru
Bercakap dengan langit
adalah lebih baik daripada bercakap dengan mereka
Terima kasih tumbuhan
hijau
Terima kasih langit
biru tenang
Sungguh keadaan ini
telah menghukumku
Dalam penjara dosa
Bagaimana untuk aku
jelaskan
Tidak ada yang cuba
untuk faham
Ya Allah aku menangis
Hanya menangis dan
terus menangis
Hingga satu hari nanti
Andai masih aku di sini
Kau hantarkan
keceriaan buat hidupku
Ampuni aku Allah yang
Maha Agung
UIA
-17 Ramadhan / 26 Julai 2013-