Search This Blog

Monday, May 31, 2010

SELAMATKAN ISLAM!!!


salam..
kali ni aku serius...

menurut laporan terkini.. misi Armada Kemanusiaan Gaza yang membawa bantuan kepada penduduk Palestin telah diserang!!!!!

seramai 19 orang telah terkorban..sementara lebih daripada 60 orang dilaporkan cedera..
tentera Israel menyerang!!!!!! jahat betul mereka ni!!!!!

armada dah diserang... macam mana bantuan nak sampai ke palestin??
ya Allah... bantulah para mujahid MU....

kawan-kawan...
dengarlah suara saudara-saudara kita di sana..
bantulah mereka...

macam mana nak bantu?

  • selalu berdoa untuk keamanan Palestin.
  • boikot produk Israel.
  • jangan buang masa dengan perkara sia-sia.
  • tingkatkan ilmu, iman dan taqwa.
  • selalu mengambil tahu perkembangan Palestin dan mengkhabarkannya kepada rakan-rakan.
  • jangan melakukan maksiat.
  • sentiasa menyemai rasa cinta terhadap agama Islam dalam hati.
kita di sini juga mesti berjihad... jihad apa?
jihad memerangi nafsu sendiri!!!

wallahu a'lam..

KEMBARA SANG HELANG


aku seekor helang

aku ialah helang
terbangnya aku kerana Allah

aku meliar di awangan hutan
terasa damainya suasana
hijau yang suci
ku memuji Allah

terus aku kembara
singgah melihat satu fenomena
bandar

dengan mata tajam ku
jelas terlihat jahiliah
ah! di sini anak derhaka
melawan ibu bapa sendiri

ku terbang ke sana
ah! pencabulan maruah seorang wanita pula
aku jadi resah
tak sanggup aku di sini

terus sayapku beralih arah ke utara
ah! ku lihat pencurian dan perjudian kali ini
manusia saling menindas
semata kerana
mencari isi dunia
yang sementara

ku mengepakkan sayap ku ke selatan
ah! kezaliman!
manusia saling berbunuhan
kasih sayang tiada
saling membenci
hasad dengki

ku ke barat pula
ah! manusia berzina
seks bebas di merata
aku ingin muntah
aku sakit melihat perangai manusia

ku terbang pula ke timur
ah! bayi-bayi yang tidak bernyawa
ada di mana-mana

aku sakit
sakit aku
melihat kemungkaran di sana sini

aku hairan
bukankah manusia dikurniakan akal?
untuk memikirkan kekuasaan Tuhan
sesungguhnya
semua perbuatan mereka akan ditanya kelak

argh!
aku tak mahu berada di sini lagi
aku ingin ke kampung hijau ku
aku kembali ke hutan

sap!
seekor tikus menjadi santapan ku
ini rezeki aku
yang telah Kau tetapkan ya Allah
aku bersyukur
terima kasih Allah

Badar313/ dinihari
Nilai/ 31 Mei 2010

Sunday, May 30, 2010

TAARUF WEEK UIAM 2010/2011



kenangan taaruf week 2010/2011


Salam......
angin sepoi-sepoi bahasa menyelinap ke segenap ruang tubuhku..huhu.. mencari ilham untuk terus menulis...

Aku baru je selesai 1 program besar UIAM, that is, Taaruf Week..it's a great experience for me..thank you Allah for everything...

Program ini merupakan program orientasi bagi kemasukan pelajar asasi UIAM bagi sesi 2010/2011....aku dimasukkan dalam biro examination (major) dan registration (minor). Ahli biro aku terdiri daripada pelbagai kos.............seperti Architechture, Pharmacy, Dentistry dan lain-lain..(1st time dapat berinteraksi dengan mereka) kebanyakan daripada merupakan pelajar UIAM Petaling Jaya..sangat seronok dapat bertukar-tukar cerita dan pengalaman dengan pelajar UIAM PJ..huhu..

Kali ni aku nak cakap pasal toleransi..kowang taw tak pe tu toleransi????
penting tak toleransi ni???? tah.. tak tahu...

Sepanjang program Taaruf Week berlangsung, kami biro examination banyak kali ber'meeting' untuk menyelesaikan kekalutan mengendalikan English Placement Test (EPT), Arabic Placement Test (APT) dan Tilawah entrance test (Tent).

Dalam meeting kami, terdapat beberapa sedikit ketidaksefahaman antara lelaki dan perempuan..sebenarnya agak banyak..kuang3..lelaki selalu nak habis cepat meeting.. masalahnya kecil jer..tapi, perempuan fikir jauh giler, memang berpandangan jauh la..huhu.. (tapi bukan semua perempuan la).....sampai keluar topik..haha..betul tak? jangan marah..kuang3... tapi, tak dinafikan bahawa idea daripada perempuan juga terbaik!!!!! huhu..

Ada satu malam tu, kami meeting sampai pukul 12 lebih..tapi hanya membabitkan beberapa ahli sahaja..aku salah seorang daripadanya..
masalah nak uruskan exam ni memang rumit..susah nak terangkan..mungkin ramai yang kata kerja biro examination ni senang jer.. tapi, hanya ahli-ahli examination sahaja yang taw kepayahan menguruskannya!!!!!!

Malam tu suasana agak tegang..terdapat ketidaksefahaman antara ahli..kami menemui jalan buntu..selepas beberapa ketika, penolong kami yang bernama Meryem, meminta aku membaca doa..

Maka aku pun segera memimpin doa.. doa aku lebih kurang macam ni la " ya Allah, permudahkanlah urusan kami, tabahkan kami menghadapi ujian MU, tunjukkanlah jalan MU ya Allah kepada kami yang menemui jalan buntu ini"

Selepas doa, terasa insaf sikit..sebab selama ni mungkin berbincang sampai tak ingat Allah..astaghfirullah.. then, kami sambung berbincang...akhirnya, kami menemui jalan keluar..syukur ya Allah..

Sebelum bersurai kami menutup majlis dengan doa yang menyatakan kesyukuran kepada Tuhan..

Aku juga pernah mendengar seorang sahabat baruku (ahli examination) yang bernama Muaz.. dia kata lebih kurang macam ni lah " ingat lah, semasa bermesyuarat, jangan ingat bahawa idea kita tu adalah yang terbaik, sekiranya idea kita diterima oleh ketua, beristighfarlah kerana di situ mungkin ada tipu daya syaitan, dan sekiranya tidak diterima, maka bersyukurlah kerana ada hikmah disebaliknya"......

Pergh!!!!mantap giler ayat dia..aku pun terdiam..rasa insaf dan rasa tertampar juga..aku sendiri pun tak pernah terfikir macam dia (bila dia kata istighfar sekiranya cadangan diterima ketua) aku diam jer waktu tu..

In conclusion... dalam kerja berpasukan ni, kita mesti ada:-


  • memulakan mesyuarat dan menutup mesyuarat dengan zikrullah.
  • memberikan idea yang baik dan jangan mentah-mentah menolak cadangan orang lain.
  • jangan fikir bahawa idea kita yang terbaik!!!!!
  • toleransi yang tinggi antara ahli.
  • sabar.
  • saling membantu sesama ahli, jangan bersikap lepas tangan, semua ahli mesti terlibat, jangan curi tulang.
  • mengusahakan yang terbaik, dan selebihnya tawakkal kepada Allah.
Sebenarnya banyak lagi, kalau kowang nak tambah silakan...
ingatlah sahabat, kita bekerja semata-mata kerana Allah, atau lebih dalam lagi, kerana mengharapkan reda Allah..

Kami daripada biro examination akhirnya dapat menangani segala masalah dan menjalankan tugas dengan baik dengan bantuan Allah.. begitu juga dengan ahli comittee daripada biro yang lain... kita dah buat yang terbaik untuk program Taaruf Week kali ni.. Chaiyok3...aku merindui sahabat-sahabat ku di PJ.. semoga kita bertemu lagi...

Wallahu a'lam...

Monday, May 3, 2010

JANGAN LA SALAHKAN CIKGU



Bismillahirrahmanirrahim.........

salam...
hm.......smnanya final exam semakin mendekat...tapi, preparation rasa macam kurang jer.. tah la.. semoga Allah membimbing aku.. amin ya Allah..

aku nak kongsi dengan kowang apa yang aku rasa dengan kerenah para pelajar kita yang menyalahkan cara pengajaran cikgu-cikgu mereka dalam kelas...

macam ni.. telinga aku sakit sangat kalau ada antara kita yang kata macam ni :

  • " ustaz tu ajar tak best la, boring lah....aku tak boleh terima la cara dia, tak masuk kepala ah"

  • "ustazah tu, suara dia perlahan sangat, teknik dia mengajar tak bagus, mengantuk la..macam mana aku nak faham "

  • " ustazah tu terang panjang sangat, habis 1 perenggan dia terangkan sampai setengah jam, lamanya......bagi aku macam buang masa"


hm......kat atas ni antara contoh dialog para pelajar yang mencari alasan untuk menyatakan mereka tak berminat belajar atau tak boleh belajar disebabkan teknik pengajaran guru mereka..

memang lah, teknik pengajaran oleh guru tu sangat penting, aku tak nafikan..kerana ia juga merupakan salah satu daripada faktor yang menyumbang kepada kejayaan para pelajar... tapi, sedar tak kowang?? sedar apa? ha..... ni aku nak habak ni, kejayaan pelajar itu ditentukan oleh oleh usahanya sendiri (bersama pertolongan Allah), bukan di sebabkan pengajaran cikgu... cikgu cuma membantu 20% jer... selebihnya, lagi 80% tu, usahanya mesti daripada kita...

ha... kalau da macam ni, kenapa ada di antara kita yang menyalahkan cikgu... ok, kalau betul nak salah kan cikgu, cuba kowang fikir balik... manusia ni kan memang ada kelebihan dan kekurangannya sendiri, termasuk aku dan kowang.. kita tak tahu penat lelah cikgu untuk mengajar, lepas tu senang2 jer nak kata dia mengajar tak bagus, setiap cikgu ada cara dan teknik komunikasinya tersendiri, kalau kita nak semua cikgu mengajar ikut selera kita jer, tak logik la...mana mungkin semua cikgu boleh mempunyai cara pengajaran yang serupa, sebab lain orang lain ragam... kita mesti menerima siapa pun cikgu kita... bersyukurlah ada cikgu, daripada belajar sendiri, lagi susah kan...

sekali pun kita nak salahkan cikgu, apa alasannya? mungkin ada yang berpendapat begini........

  • cikgu ajar boring - hm.. kenapa boleh rasa boring...pelik.. kalau kita berminat dan ghairah dalam mencari ilmu Allah atas muka bumi ni...maka kita akan gembira apabila mendapat ilmu baru....kita akan menghargai ilmu seperti menghargai kehadiran isteri di sisi kita (cara cakap macam la aku dah kahwin) hm.. kalau main game bola tu tak boring pulak sampai sejam lebih..betul? taw sebab apa? sebab kita suka game tu... same jugak macam pelajaran, kita kena suka dulu subjek tu... faham? kalau kita tak pernah nak suka, macam mana nak timbul ikhlas dalam hati... ngerti?

  • cara cikgu ajar mengantuk lah - ceh.......mengantuk la pulak... kalau mengantuk tu tahan lah.. aku pun kadang-kadang mengantuk jugak dalam kelas...kesip la gula-gula ke apa ke, tapi jangan la kowang pergi bawa nasi kerabu pulak dalam kelas, melampau tu...kuang3...kalau betul kita semangat, mesti kita akan sedaya upaya melawan syaitan yang sedang berusaha menyapu celaknya pada mata kita.............hm...lepas tu, ada yang bagi alasan mengantuk sebab tidur lambat.....adoi..... yang pergi tidur lambat sampai pukul 4 pagi tu apasal?? kalau studi tak apa jugak..ni tak, main game, borak-borak, tengok bola.... aku tak kesah kalau nak tengok bola, tapi jangan la sampai tak pergi kelas esok nya...atau pun pergi kelas, tapi tidur.....kan rugi tu...rugi sangat.. tak dapat ilmu kalau tidur pun...keluar air liur basi lagi ada la...

  • penerangan cikgu panjang meleret - hah.....ni lagi 1 alasan.. bagi aku, bagus sangat lah kalau cikgu terang panjang-panjang, banyak-banyak kali... dia nak bagi anak murid dia faham...sebab tu dia ulang banyak kali... tapi, kalau dah syllabus tak habis-habis lagi tapi final exam dah dekat...itu memang kita perlu lah untuk memberitahu cikgu tu supaya cepat sikit agar dapat habiskan syllabus..mungkin dia tak perasan.. 'excited' sangat mengajar..

hm..... tuntasnya, kita kena sedar, kalau kita betul nak ilmu.. kita yang kena pergi carinya... dan dalam perjalanan mencarinya, bukan mudah....ia ibarat merentas titi yang penuh dengan duri-duri tajam.... malah lebih dari itu....kalau kita punya pointer rendah..muhasabah diri balik salah siapa, jangan menuding jari ke arah orang lain, lagi-lagi cikgu..ingat, KITA YANG KENA MEREDAH HUTAN, BUKAN HUTAN MEREDAH CARI KITA...tak logik... wallahu 'alam....