Search This Blog

Monday, May 3, 2010

JANGAN LA SALAHKAN CIKGU



Bismillahirrahmanirrahim.........

salam...
hm.......smnanya final exam semakin mendekat...tapi, preparation rasa macam kurang jer.. tah la.. semoga Allah membimbing aku.. amin ya Allah..

aku nak kongsi dengan kowang apa yang aku rasa dengan kerenah para pelajar kita yang menyalahkan cara pengajaran cikgu-cikgu mereka dalam kelas...

macam ni.. telinga aku sakit sangat kalau ada antara kita yang kata macam ni :

  • " ustaz tu ajar tak best la, boring lah....aku tak boleh terima la cara dia, tak masuk kepala ah"

  • "ustazah tu, suara dia perlahan sangat, teknik dia mengajar tak bagus, mengantuk la..macam mana aku nak faham "

  • " ustazah tu terang panjang sangat, habis 1 perenggan dia terangkan sampai setengah jam, lamanya......bagi aku macam buang masa"


hm......kat atas ni antara contoh dialog para pelajar yang mencari alasan untuk menyatakan mereka tak berminat belajar atau tak boleh belajar disebabkan teknik pengajaran guru mereka..

memang lah, teknik pengajaran oleh guru tu sangat penting, aku tak nafikan..kerana ia juga merupakan salah satu daripada faktor yang menyumbang kepada kejayaan para pelajar... tapi, sedar tak kowang?? sedar apa? ha..... ni aku nak habak ni, kejayaan pelajar itu ditentukan oleh oleh usahanya sendiri (bersama pertolongan Allah), bukan di sebabkan pengajaran cikgu... cikgu cuma membantu 20% jer... selebihnya, lagi 80% tu, usahanya mesti daripada kita...

ha... kalau da macam ni, kenapa ada di antara kita yang menyalahkan cikgu... ok, kalau betul nak salah kan cikgu, cuba kowang fikir balik... manusia ni kan memang ada kelebihan dan kekurangannya sendiri, termasuk aku dan kowang.. kita tak tahu penat lelah cikgu untuk mengajar, lepas tu senang2 jer nak kata dia mengajar tak bagus, setiap cikgu ada cara dan teknik komunikasinya tersendiri, kalau kita nak semua cikgu mengajar ikut selera kita jer, tak logik la...mana mungkin semua cikgu boleh mempunyai cara pengajaran yang serupa, sebab lain orang lain ragam... kita mesti menerima siapa pun cikgu kita... bersyukurlah ada cikgu, daripada belajar sendiri, lagi susah kan...

sekali pun kita nak salahkan cikgu, apa alasannya? mungkin ada yang berpendapat begini........

  • cikgu ajar boring - hm.. kenapa boleh rasa boring...pelik.. kalau kita berminat dan ghairah dalam mencari ilmu Allah atas muka bumi ni...maka kita akan gembira apabila mendapat ilmu baru....kita akan menghargai ilmu seperti menghargai kehadiran isteri di sisi kita (cara cakap macam la aku dah kahwin) hm.. kalau main game bola tu tak boring pulak sampai sejam lebih..betul? taw sebab apa? sebab kita suka game tu... same jugak macam pelajaran, kita kena suka dulu subjek tu... faham? kalau kita tak pernah nak suka, macam mana nak timbul ikhlas dalam hati... ngerti?

  • cara cikgu ajar mengantuk lah - ceh.......mengantuk la pulak... kalau mengantuk tu tahan lah.. aku pun kadang-kadang mengantuk jugak dalam kelas...kesip la gula-gula ke apa ke, tapi jangan la kowang pergi bawa nasi kerabu pulak dalam kelas, melampau tu...kuang3...kalau betul kita semangat, mesti kita akan sedaya upaya melawan syaitan yang sedang berusaha menyapu celaknya pada mata kita.............hm...lepas tu, ada yang bagi alasan mengantuk sebab tidur lambat.....adoi..... yang pergi tidur lambat sampai pukul 4 pagi tu apasal?? kalau studi tak apa jugak..ni tak, main game, borak-borak, tengok bola.... aku tak kesah kalau nak tengok bola, tapi jangan la sampai tak pergi kelas esok nya...atau pun pergi kelas, tapi tidur.....kan rugi tu...rugi sangat.. tak dapat ilmu kalau tidur pun...keluar air liur basi lagi ada la...

  • penerangan cikgu panjang meleret - hah.....ni lagi 1 alasan.. bagi aku, bagus sangat lah kalau cikgu terang panjang-panjang, banyak-banyak kali... dia nak bagi anak murid dia faham...sebab tu dia ulang banyak kali... tapi, kalau dah syllabus tak habis-habis lagi tapi final exam dah dekat...itu memang kita perlu lah untuk memberitahu cikgu tu supaya cepat sikit agar dapat habiskan syllabus..mungkin dia tak perasan.. 'excited' sangat mengajar..

hm..... tuntasnya, kita kena sedar, kalau kita betul nak ilmu.. kita yang kena pergi carinya... dan dalam perjalanan mencarinya, bukan mudah....ia ibarat merentas titi yang penuh dengan duri-duri tajam.... malah lebih dari itu....kalau kita punya pointer rendah..muhasabah diri balik salah siapa, jangan menuding jari ke arah orang lain, lagi-lagi cikgu..ingat, KITA YANG KENA MEREDAH HUTAN, BUKAN HUTAN MEREDAH CARI KITA...tak logik... wallahu 'alam....


No comments:

Post a Comment