Search This Blog

Thursday, April 22, 2010

WAJAH DI HATI

Apakah ertinya dengan lontaran perhatian mu
Apa yang tertulis di hati mu
Tingkah mu seakan menggambarkan sesuatu
Tapi, aku tak mampu membacanya

Mungkinkah hanya aku yang merasa
Sedangkan kau tiada
Benarlah tingkah mu melahirkan resah ku

Apakah yang kau cuba sampaikan
Apakah yang tersirat melalui perlakuan mu
Mengapa tingkah mu menangkap ku
Cahaya wajah mu terbias di hati ini
Dan aku resah dalam kesamaran cahaya

Ya Allah
Aku tak mahu berada di jalan yang salah
Diperdaya oleh dunia yang menipu
Namun aku jua tidak mahu
Sekiranya benar aku telah menyeksa mu
Mungkin aku yang bersalah
Kerana tak menemukan jawapan daripada mu

Ya Allah
Dalam keresahan ini ku memohon
Pimpini aku ke jalan reda Mu
Jua iringilah dia ke arah kebahagiaan Mu
Aku ingin berada dalam cinta Mu

Badar313 / 1.00 am
29 Jun 2009 / Nilai

3 comments:

  1. apekah maknenye poem ni?
    x faham

    ReplyDelete
  2. haa,
    ape maknyenye..............
    untuk sape Hakim Bar?
    hahaha

    ReplyDelete
  3. utk sape ni????
    wat sndiri ker???

    ReplyDelete