Search This Blog

Friday, November 19, 2010

PUISI CINTA


Cinta itu anugerah

Maka mesti kau mensyukurinya

Cinta itu fitrah

Maka mesti kau meredainya

Cinta itu amanah

Maka mesti kau memeliharanya

Cinta itu fitnah

Maka mesti kau kuat menghadapinya

Cinta itu indah

Maka deritalah siapa yang tidak merasai keindahannya


Cinta itu kekuatanku

Tanpanya aku menjadi lemah

Nafasku lelah

Semangatku luntur

Dan tak mungkin aku masih di sini

Namun, cinta jua kelemahanku

Andai ku salah memahaminya

Maka aku akan derita di dalamnya


Duhai sahabat

Carilah cinta di atas jalan yang suci

Agar kau temu kekuatan pada dirimu

Andai itu kau temui

Pasti langkahmu mudah

Dalam perit kau tertawa

Dalam sakit kau tersenyum

Dalam tangis kau bertenang

Dalam derita ada bahagia


badar313 / 18 nov 2010

5 comments:

  1. ya Allah berikanlah kami merasai rasa kecintaan dariMU, jauhi lah kami dari kecintaan dunia yg merosakkan... aminn

    ReplyDelete
  2. Cinta itu perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanah yang menerimanya berbeza. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah darinya kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.(HAMKA)

    Cintailah kekasihmu sekedarnya, siapa tahu dia akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya, siapa tahu nanti dia akan jadi kekasihmu.(SAIDINA ALI)

    Nice post...!thumbs up!
    moge terus mmberi mnfaat pd agama,insyaAllah...

    ReplyDelete
  3. to nadia : syukran ya ukhti... sgt b'makna p'kongsian ni.. suka sangat.. barakallahufiki..

    ReplyDelete
  4. afwan ya akh...haza min fadhli robbina....jazakallahu khoiro..

    ReplyDelete