Search This Blog

Wednesday, May 11, 2011

BERJALAN TANPA HENTI




salam alaik.. kawan-kawan sihat? semoga dalam rahmat Allah selalu..  amin..


ok, post kali ni.. nak cakap pasal 'berjalan tanpa henti'... huhu... macam tajuk album Devotees yang baru keluar je... huhu.. best2.. kowang dah dengar belum lagunya? kalau belum dengar.. cepat beli albumnya.. ada 9 track.. semuanya best-best.. memang tak rugi beli..  (",)


hm...  seringkali dalam kita berjalan di atas dunia yang fana ini.. kita merasakan bahawa kita lemah.. tidak berdaya.. betul tak? (tataw la klu kowang x rasa an~ kui3)


kalau macam aku.. seriously i said, "ya Allah, terlalu berat dunia ini untuk ku harungi". Itulah yang seringkali aku rasakan.. dan aku tahu, bukan aku je yang rasa.. ada ramai lagi yang rasa macam apa yang aku rasa.. namun, aku juga yakin, bahawa Allah tidak menimpakan sesuatu ujian itu melainkan pada tahap kesanggupan & kemampuan hamba-hambanya... 


so, berat apapun yang aku rasa & kowang rasa kat atas dunia ni... itu adalah kerana kita mampu untuk mengharunginya..-aku dengan ujian aku & kowang dengan ujian kowang ~ setiap orang diuji berbeza- kita dipilih Allah untuk melalui ujian ini sebagai tanda kasih cintaNya agar kita sentiasa mengharapkan rahmat kasih sayangNya..  huhu.. kan3?


jadi, ingatlah.. kita kan ada Allah.. denganNya, segalanya pasti kita mampu harungi.. ok, nak share lirik lagu 'berjalan tanpa henti'.. i like this song very much.. it really motivates me..  ^^,






BERJALAN TANPA HENTI - DEVOTEES


bagaikan jauh jalan yang ku tempuh
langkah demi langkah akan ku gagah
hari demi hari berjalan tanpa henti
yakin ku ada sinar yang menanti


bila dah bertemu arah
yakin penuh pasrah 
padaNya yang kuasa 
dikau berserah


jika kau rebah
jika kau kalah 
bersaksilah rahmatNya akan terserlah


segala kepahitan
segala keperitan  
terima bagai penghapus dosa


malang yang menimpa
duka yang melara
mungkin di baliknya ada bahagia


jangan berputus asa 
dari rahmatNya yang maha Esa
jangan berputus asa 
ujian lumrahnya dunia





3 comments:

  1. mintk nk copy ayat kt photo ats ni eh :)

    ReplyDelete
  2. salamun alaik...
    wah hakim...devotees la...best2..dah dgr ye smua lagunye??terbaekk la...ni Anis..

    ReplyDelete