Search This Blog

Wednesday, June 1, 2011

RINDU DARUL QURAN

salam alaik...
kawan-kawan.. tadi aku ternampak 1 album kat facebook, by Darul Quran Jakim.. gambar-gambar peperiksaan akhir pelajar-pelajar persijilan.. ni linknya.. (ada juga kawan aku dalam album ni)  taw tak apa yang aku rasa bila tengok gambar-gambar ni ? 


aku rasa sebak sebenarnya tak dapat masuk DQ.. seriously.. aku tengok gambar-gambar ni.. aku rasa sebak.. cemburu pun ada.. aku teringin nak masuk DQ dari dulu lagi... teringin nak menghafaz Al-Quran kitab yang mulia..


aku masih ingat.. waktu aku dapat tahu yang aku dapat pergi interview DQ persijilan.. aku rasa happy sangat.. 


masih terpahat di ingatan.. aku kena hafaz surah Az-Zariyat.. aku diberi masa lebih kurang sejam.. lepas je aku tahu aku kena hafaz surah apa.. terus aku pergi ke masjid.. aku hafaz surah tu kat sana.. 


sungguh indah masjid DQ.. ada tasik.. suka sangat.. aku fokus menghafaz di salah 1 ruang sudut masjid tu.. ingat lagi.. semangat aku menghafaz..


bila aku di test.. mula-mula ok.. lepas tu sampai kat tengah aku 'stuck'.. aduhai.. mungkin itu sebabnya aku tak layak ke persijilan DQ.. tapi, aku dah mencuba yang terbaik..


aku memang bukan pelajar DQ.. tapi aku suka sangat DQ.. ramai kawan-kawan aku DQ..  suasananya tenang bagi aku.. walaupun seumur hidup ni.. aku cuma pernah sekali je jejakkan kaki di sana..iaitu masa interview..


aku rindu nak pergi sana lagi.. teringin nak jadi pelajar sana.. tapi, Allah lebih tahu kan..


bila aku tahu yang aku tak dapat persijilan.. aku berazam nak apply diploma pula.. dan Alhamdulillah aku dapat surat temuduga di Masjid Negara.. happy sangat waktu dapat surat tu..


aku ditemani kawan aku Azhar waktu nak pergi interview kat Masjid Negara tu..
ada 2 ujian.. 1 bahasa arab & 1 lagi 'of course' lah hafazan kan.. hafazan aku kena page ke-2 surah Maryam..


namun.. diploma pun aku tak dapat.. i did try my best.. but Allah knows better for me.. sekarang ni pun.. aku da masuk UIAM.. dah habis matrik  & nak sambung degree bulan 9 ni.. insyaAllah..


aku saja je nak cerita kat kowang apa yang aku rasa.. aku suka DQ.. aku teringin nak menghafaz Alquran.. tapi, aku ni lemah.. semangat tak kuat.. oh ya Allah.. berikan aku kekuatan..   


apa-apa pun.. semoga ajaran Al-Quran sentiasa menjadi pegangan dan amalan kita..
semoga aku kuat ya Allah.. dan kowang semua..


salam sayang.. salam ukhuwwah..  fi amanillah..







3 comments:

  1. Bismillah.

    Tersentuh dek membaca luahan ini. Sungguh mulia hati-hati yang ingin dekat dengan Al-Quran.

    Moga terus bersama dengan Kalam Allah, walau bukan takdirmu lagi untuk menghafaznya, namun sematlah butiran mutiara yang ada padanya.

    Fastaqim kama umirt~

    ReplyDelete
  2. 'aishah jauhara : bismillah.. syukran ya ukhti.. ana sgt hargai.. barakallahufiki.. fi amanillah..

    ReplyDelete
  3. bismillah.
    assalamualaikum.
    terharu baca,

    apa yg saya ingin sampaikan, jgn berputus asa..
    sy seperti kamu juga..
    gagal bbrp kali
    dan hanya tangisan menemani..

    alhamdulillah meskipun dah tua umur 28 baru dapat mengenali alquran..

    sy harap sy tak sia2kan peluang mendekati alquran dan insan2 yg mulia..

    sy harap juga saudara jgn berhenti berusaha dan berharap..

    Allah pasti beri..Allah tu maha penyayang..

    sabar dan teruskan niat murni insyaAllah..

    ReplyDelete