Hawa ini lemah
Maka tarbiahnya perlukan seni
Cinta Allah dan Rasulullah
Mesti bersemai di dalam hati
Cinta Pencipta adalah segalanya
Inilah kekuatannya
Atau mereka akan lemah
Mereka memerlukan Adam
Sebagai pemimpin
Namun, seandainya Adam tiada
Kuatkah Hawa?
Apakah Hawa kan sakit andai kehilangannya?
Janganlah kau wahai Hawa
Memilih penderitaan ini
Kaulah bunga harapan
Yang menghiasi dunia ini
Baktimu sangat diperlukan
Dalam mewujudkan suasana damai di sini
Adam memerlukanmu
Untuk mentadbir daerah ini penuh cinta
Baktimu sangat tinggi nilainya pada kehidupan hari ini
Jadilah kau insan yang mulia
Semulia Sumayyah, Fatimah dan Khadijah
Yang menyandarkan cinta Allah dan Rasul
Di dalam hatinya
__________________________________________________________
puisi di atas aku menulisnya selepas aku membaca novel 'Titian Nabi'.. yang gambarnya kat atas tu.. novelnya warna kuning.. kisah cinta yang buat aku nak menangis..
usai aku membacanya.. aku menukilkan puisi ini.. semuanya hasil daripada ilham bacaanku melalui novel tersebut.. ~dan semestinya ilham itu melalui perantaraan Tuhanku~ (",)
hope ada manfaat lah ye..
salam alaik..
hebat.. tersentuh bc bait puisi tu.. tahniah2.. :)
ReplyDeleteblh bgtau sinopsis novel 2?
kak qien : terima kasih kakak..
ReplyDeletecerita ni mengisahkan kisah cinta antara Zahra & Attar.. mereka saling mencintai.. tetapi, Allah tidak mentakdirkan mereka b'sama.. namun kedua-duanya di akhir cerita menjadi orang yg b'cinta dgn Allah.. sangat m'cintai Allah..
kekuatan cinta yg sgt hebat..
cerita ni sedih kak.. ni sy cerita ringkas sangat.. klu akak baca, mesti sediakan tisu taw.. (",)
wah, terima kasih atas puisinya..:D
ReplyDeletenice poem! :)
nak bace jugak novel ni~ macam menarik...huhu
nadiah : syukran ya ukhti.. (",)
ReplyDeleteafwan...
ReplyDeletenk share poem tu boleh?
ReplyDeletesilakan..
Deletenice.....blh hntr kn i love islam ni..hbt2...
ReplyDeletenovel ni mmg sedey. mak & adik sy baca pun smpai mnangis2. byk pngajarannya :)
ReplyDelete