Search This Blog

Monday, May 31, 2010

KEMBARA SANG HELANG


aku seekor helang

aku ialah helang
terbangnya aku kerana Allah

aku meliar di awangan hutan
terasa damainya suasana
hijau yang suci
ku memuji Allah

terus aku kembara
singgah melihat satu fenomena
bandar

dengan mata tajam ku
jelas terlihat jahiliah
ah! di sini anak derhaka
melawan ibu bapa sendiri

ku terbang ke sana
ah! pencabulan maruah seorang wanita pula
aku jadi resah
tak sanggup aku di sini

terus sayapku beralih arah ke utara
ah! ku lihat pencurian dan perjudian kali ini
manusia saling menindas
semata kerana
mencari isi dunia
yang sementara

ku mengepakkan sayap ku ke selatan
ah! kezaliman!
manusia saling berbunuhan
kasih sayang tiada
saling membenci
hasad dengki

ku ke barat pula
ah! manusia berzina
seks bebas di merata
aku ingin muntah
aku sakit melihat perangai manusia

ku terbang pula ke timur
ah! bayi-bayi yang tidak bernyawa
ada di mana-mana

aku sakit
sakit aku
melihat kemungkaran di sana sini

aku hairan
bukankah manusia dikurniakan akal?
untuk memikirkan kekuasaan Tuhan
sesungguhnya
semua perbuatan mereka akan ditanya kelak

argh!
aku tak mahu berada di sini lagi
aku ingin ke kampung hijau ku
aku kembali ke hutan

sap!
seekor tikus menjadi santapan ku
ini rezeki aku
yang telah Kau tetapkan ya Allah
aku bersyukur
terima kasih Allah

Badar313/ dinihari
Nilai/ 31 Mei 2010

3 comments: