Search This Blog

Sunday, April 18, 2010

POWER RANGERS



Salam.......huhu...lama tak menaip kat blog ni...
mesti dia sedih kena tinggal dengan tuan dia..
sory la blog, aku bkn tak nak update kau, tp kat uia nilai skrg ni tak ada wifi...sebab dalam pembaikian... so, mungkin sem depan baru ada wifi balik..

Alhamdulillah, balik rumah sat minggu ni, dapat la update blog... huhu..


Hm......kowang nampak gambar aku kat atas ni?
ha3.. tak de la, hm.....kowang suka tak power rangers? kowang taw ke power rangers apa ni?ha3..mereka inilah power rangers dino thunder...

em...kowang mesti pelik kan kenapa la tiba-tiba jer aku letak gambar power rangers ni, saje je aku letak..nak bagi lawa sikit blog ni...cerita aku kali ni sebenarnya tak ada kaitan pun dengan power rangers...tp, tentang anak murid aku..



"dino thunder, power up!"

"kita nak power ranger merah"

"kita cop yg biru"

"kita cop yg kuning la sebab kita perempuan"

Hi3....kowang pernah tengok tak budak2 main power rangers dengan kawan-kawan dia..mesti semangat kan..

Post kali ni, aku juz nak cerita pengalaman aku sebagai seorang guru di sekolah agama selama lebih kurang 5 bulan...aku pernah mengajar pelajar darjah 1 sampai darjah 6 (aku mengajar tahap 2 dua bulan dan tahap 1 tiga bulan)....macam-macam ragam budak-budak aku dah lihat....mereka memang comel, haha..

Biasanya, budak-budak ni suka main, tengok kartun (mcm power rangers) lepas tu mereka akan ingat sinopsis cerita kartun tu dan dibawa ke sekolah untuk dijadikan bahan perbahasan bersama teman-teman mereka....kowang ingat tak masa kecil-kecil dulu kowang pun macam 2?
aku pun dulu pun macam tu gak..huhu...habis tu, sekarang ni dah tak ke?
haha...sekarang ni pun sama gak..tengok power rangers lagi...hi3...

Ceritanya macam ni, waktu hari terakhir aku bertugas sebagai guru di sekolah tu.. ada seorang pelajar perempuan darjah 3 (pelajar kelas aku) datang kepada aku dan salam tangan aku sambil berkata"ustaz, maafkan dosa-dosa saya ye".......peh, aku pun tersentak... tak sangka dia boleh cakap macam tu pada umur yang semuda itu...bila aku ingat balik, aku sendiri waktu darjah 3 dulu tak pernah minta maaf kat cikgu, apatah lagi minta cikgu ampunkan dosa, uisy..
jahatnya aku ni..

Sebenarnya, aku rasa aku taw sebab apa dia buat macam tu..murid aku tu namanya Aliya, dia seorang pelajar yang pandai, cerdas, dan juga seorang pengawas (pakai kain ungu)...... satu hari aku mengawasi kelas peperiksaan (kelas aku). Sebelum periksa bermula, aku dah ingatkan murid-murid aku agar jangan meniru atau tanya kawan, jangan ada yang berborak semasa periksa, kalau dah siap 'check' sampai 3 kali lepas tu tidur (nak mengelakkan drpd mereka bersembang). Budak-budak ni, bukan senang nak kawal..kita cakap suruh diam, mereka bercakap...adoi..pening la kepala aku...

Masa periksa tu, aku nampak la ada beberapa murid yang bersembang bersama teman-teman mereka..aku pun tegur la..dan Aliya merupakan salah seorang drpd mereka....... aku pun terkejut jugak dan tak sangka yang Aliya pun bercakap...kemudian waktu rehat aku memanggil Aliya, aku pun berkata "Aliya, kenapa kamu bercakap masa periksa tadi? kamu kan pengawas, sepatutnya kamu menjadi contoh kepada kawan-kawan lain, lepas ni jangan buat lagi ye". Aliya pun diam tanpa membalas apa-apa...mungkin dengan teguran aku yang ringkas itu telah meninggalkan kesan yang dalam pada hatinya, sehingga dia mampu berkata "maafkan dosa-dosa saya ye ustaz" pada hari terakhir aku berkhidmat sebagai guru...

Secara jujurnya dari hati aku, waktu Aliya cakap macam tu, aku rasa terharu...tah lah..rasa gembira pun ada...suka sangat ada anak murid macam ni..

Lihatlah, anak kecil ini, pada usia 9 tahun memiliki potensi yang baik untuk menjadi muslimah solehah pada masa hadapan....di saat budak-budak lain sibuk dengan dunia permainan mereka, dia juga tidak terlepas daripadanya...namun dia mampu, berperwatakan seperti orang yang matang..hebat kan..aku dulu masa darjah 123 taw nak main jer...hm.. taw power rangers jer.. taw digimon jer..hu3..macam-macam lagi la..

Anak-anak kecil ini mesti diberikan pendedahan awal mengenai makrifatullah (mengenal Allah) dan pendidikan yang suci bak air embun di pagi hari..dalam hal ini, tentunya ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk fikrah anak-anak..dan sebelum membentuk fikrah anak-anak, sudah tentu ibu bapa itu sendiri perlu mempunyai fikrah islamiyah dahulu, kefahaman yang baik mengenai agama...tol tak? ibu bapa perlu mengawasi tingkah anak-anak mereka..selalu bersama mereka dalam mendidik...baru lah mereka mudah faham akan tujuan kehidupan di dunia ni....tak ada la asyik nak main je kan...betul tak?

Hm... sampai sini jer pen aku yer..wallahu a'lam..

4 comments:

  1. isk3,,
    aku pn terharu gak
    t aku suruh anak aku blaja ngn ko la ye
    ustaz HAKIM??
    boleh kan3,..*wink2*

    ReplyDelete
  2. oh...nak hantar anak hang belajar dengan ustaz hakim ye?? silakan3..huhu..klu aku rotan anak hang jgn mara..huhu..

    ReplyDelete
  3. ALLAHu Rabbi.. dah lama akak tak menjengah ke blog ni.. ad crite yang sangat menarik rupanya..

    terkesan dengan tindakan adq aliya tu.. moga ALLAH plihara dirinya daiman..

    ustaz hakim, terima kasih untuk perkongsian..

    kalau ALLAH nak tegur kita kadan-kadang DIA tak tegur direct kat kita.. ALLAH akan tunjuk melalui insan2 di sekeliling kita.. macam sikap adq Aliya.. kalau kita fikir-fikrkan.. mmg zaman kita dulu tak macam zaman adq Aliya.. tindakan dia tu membuatkan kita berfikir..bagusnya kalau zaman kita sebaya dia dulu kita pun bersikap macam sekian sekian..

    tapi pe yang akak nak highlight ni tentang tahap kesedaran kita untuk mencari kebaikan dari insan-insan di sekeliling kita.. manusia sekarang lebih suka melihat dan menilai dari sisi gelap tentang orang lain.. mengumpat mengata tu jadi amalan.. nauzubillah..

    tahniah utk ustaz hakim.. nta memilih untuk melihat dan menilai kebaikan daripada keburukan dan kelemahan..

    moga ALLAH memberi limpahan rahmat dan kebaikan untuk nta.. amiin..

    ReplyDelete
  4. k.qien : ameen.. tq ustzh sakinah.. (",)

    ReplyDelete