Search This Blog

Tuesday, December 28, 2010

ISTERIKU


Isteriku
Maafkan aku
Andai cinta ini pernah ternoda
Sebelum aku mengenalimu

Kekasihku
Tiada ku tahu
Di manakah kau saat ini
Tiada ku tahu
Siapakah kau yang telah tertulis

Ya Allah
Aku merindui dirinya
Sungguhpun aku tidak kenal siapanya
Tidak tahu akan rupanya
Aku reda dalam rahsia
Semuanya itu rahsiaMU

Ya Allah
Aku lemah
Maka kuatkan lah aku
Sepertimana kau hadirkan
Khadijah kepada Muhammad
Fatimah kepada Ali
Hawa kepada Adam

Ya Allah
Aku ingin mencintaiMU
Jua RasulMU
Bersama-sama isteriku

Sayang
Aku ingin kau tahu
Bahawa aku ingin mencintaimu
Sepenuh hatiku
Agar bertambah cintaku
Kepada Allah & RasulNYA

Ya Allah
Andai aku mati tanpa isteri
Hadirkan lah bidadari di sampingku
Di akhirat kelak
Aku ingin bertemuMU
 Dalam dakapan kasihMU

Badar313 
11.50 p.m
27/12/2010

12 comments:

  1. salam alaik... kepada sesiapa yang membaca puisi yang aku tulis di atas ni... aku tak tahu apa yang bermain dalam minda kowang..

    mungkin, ada yang akan berpendapat bahawa aku ni jiwang la apa la.. lantak lah apa pun persepsi kowang.. aku tak kisah...

    yang penting, aku tulis ni, dengan penuh berharap.. aku hanya ingin berharap..hanya pada Allah..

    Ustaz Tolhah (ustaz aku masa di sekolah SBPI Rawang) dia pesan, kena doa dari sekarang... aku hanya ingin mencintai Allah & Rasulullah..

    namun, aku tahu, aku lemah... maka, aku berdoa kepada Allah agar memberikan aku kekuatan dengan di sisiku seorang isteri..

    aku hanya ingin menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.. itu niatku.. kuatkanlah aku ya Allah..

    namun, aku sedar.. dan aku reda, seandainya tiada hawa buat diriku di dunia ini.. aku berharap Allah medakapiku dengan selimut cintaNYA di akhirat kelak..

    cintailah yg menciptakan cinta (Allah)

    Cinta Allah & Rasulullah itu matlamat..
    kasih sayang sesama manusia itu jalan memudahkan kita mencapai matlamat..

    wallahu 'alam..

    ReplyDelete
  2. terbaik laa..niceee ^__^

    ini baru namanya USAHA untuk mendapatkan isteri yang solehah, selain lebih mensolehkan diri..

    daripada duk bercouple dan bermaksiat sana sini dengan alasan itu adalah usaha untuk mendapatkan pasangan yang 'serasi' memang seriusly tak masuk akal.

    semoga dipermudahkan segala urusan :)

    - NurAreefah

    ReplyDelete
  3. nnt kalo aku jadi moderator forum lagi,
    aku pkai ko nyer puisi ni plak..

    ReplyDelete
  4. to azhar : ha... pakailah azhar ye.. ko bacakan sekali utk isteri ko yer.. huhu.. moga ada manfaat.. hihi..

    ReplyDelete
  5. pasni nak suruh akim baca kat rafest la....huhu...msti best.......terharuuu

    ReplyDelete
  6. hani : peh! silap ar nak soh aku baca... haha..
    xkan! hehe.. cukup la sekadar tulisan... kuang3..

    ReplyDelete
  7. best puisi ni..terbaik laa..
    mabruk alaik...
    moge menjadi soleh dn mndapat yg solehah..insyaAllah...

    ReplyDelete
  8. nadiah : mudah-mudahan.. amin ya Allah.. syukran.. wa 'alaik.. amin..

    ReplyDelete
  9. salam kim...hasil nukilan yg hebat..mmg dr hati la..hehehe..Cinta Allah & Rasulullah itu matlamat..kasih sayang sesama manusia itu jalan memudahkan kita mencapai matlamat..mabruk alaik..-dzaf

    ReplyDelete
  10. dzaf : waa... dzaf komen.. suka2.. huhu.. tq dzaf.. barakallahufik..

    ReplyDelete
  11. mendalam maksudnya...memang kamu perlu cinta yg satu lg selain Allah & Rasul..ingat matlamat kamu, mudah-mudahan...^^

    ReplyDelete