Search This Blog

Monday, March 8, 2010

KESAKITANKU!!!

bismillahirrahmanirrahim

ya rabb, sesungguhnya aku malu terhadapMU
pada malaikatMU
pada bumiMU
pada lautanMU

aku juga sangat malu terhadap rakan-rakanku
jua terhadap seluruh makhluk ciptaanMU

aku sangat tersiksa menanggung bebanan dosaku
sungguh aku sakit ya rabb

aku sangat lemah dalam mengharungi dunia
seringkali tewas
bantulah aku ya Allah
aku merayu dengan penuh kehinaan
suluh lah jalan di depanku dengan hidayahMU

bantu aku ya rabb
bermujahadah memerangi nafsuku sendiri
sungguh,aku telah lama penat dalam mujahadah ini
aku sudah penat untuk merayu, dan menangis
kolam airmataku sudah tidak mampu mengeluarkan isinya
sangat sakit ya Allah
hanya KAU yang tahu

aku menderita kerana hatiku buta
maka KAU nampakkanlah ya Allah

maafkan aku ya Allah
walaupaun aku malu kepadaMU
namun aku harus menebalkan jua muka ini
untuk meminta pertolonganMU
kerana KAU sajalah tempat bergantung
kerana kau tuhanku

kenalkan aku padaMU ya Allah
agar bisa runtuhnya deritaku ini

astaghfirullah
amin ya rabb


No comments:

Post a Comment