Search This Blog

Tuesday, March 9, 2010

TAK PERLU SALAHKAN DIA

salam.........

kali ni aku nak cakap tentang 'menyalahkan diri sendiri'.....hm......ape 2? kowang faham ke?
betul ke faham?.....ok, kalau kita perhatikan hari ini, ramai orang menyalahkan orang lain...tanpa di selam dulu kepada dirinya sendiri......

ok, cuba kowang jalan-jalan kat kedai makan, pastu kowang terpijak kulit pisang dan?????
bedebuk!!!!!!! haha.....padan muka jatuh,malunya, hi3......isyy...tak baik gelakkan orang taw.. apa la aku ni,hm.....haa...aku nak tanya kowang, kowang jatuh tu salah siapa?ok, sila pilih jawapan di bawah, pilih betul-betul yer :-


  • orang yang buang kulit pisang tu (a)

  • pakcik kedai makan sebab tak sapu lantai (b)

  • monyet,sebab orang yang buang kulit pisang merata tu belajar daripada monyet (c)

  • kowang sendiri!! (d)

(sila jawab dengan jujur ye)

ok, klu kowang jawab a atau b atau c, maknanya EQ kowang masih kurang.....ceh, macam motivator la plak aku nih....

kadang-kadang tu kan, sesetengah orang tu bukan saja salahkan orang lain, malah yang bukan orang pon kena marah, mulut pon keluar perkataan yang tah apa-apa tah.....kesian monyet, mangkuk, senduk, pintu bilik air pun kena marah jugak bila tangan tersepit masa nak tutup pintu tu....macam-macam kan..

ok, biar aku bagi jawapan taw... kowang jatuh tu sebab kowang jalan tak pandang depan, nampak muslimah jer terus pandang, (macam biasa wat jer) ha3.. ok lah....cuba fikir balik.. kalau kita jalan dengan cermat, pandang depan, mesti kita nampak kulit pisang tu, betul tak? maka, kalau kita nampak, tak kan lah kita nak pergi pijak pulak kan.....ha... sekarang ni salah siapa?
salah kita kan? betul x?

kalau betul kowang nak salahkan orang yang buang kulit pisang tu, biarlah dia... fikirlah positif, mungkin yang buang tu budak kecil umur 4 tahun, masa tu ibu bapa dia tak perasan sebab anak dia pergi main jauh sket....boleh ke kita fikir macam ni?

dan kalau betul nak salahkan pakcik kedai makan, mungkin sebenarnya dia dah menyapu tapi terlepas pandang, x perasan......biasa la......kita pun kadang-kadang buat kerja bukannya sentiasa 'perfect' pun....

dan kalau kowang salahkan monyet, maknanya memang kowang lah monyet yang sebenarnya..
ha3..monyet tu duduk kat hutan x taw apa-apa pun......

tetapi, seandainya kowang menyalahkan diri sendiri, maknanya kowang memang bijak, hm, fikir yer, sebenarnya, siapa yang buat kita jatuh? dengan izin siapa kita jatuh?kowang pun taw kan.....dalam kuasa Allah kita jatuh, bukan kah ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku..
nah, carilah hikmahnya...janganlah cari buruknya...

bukankah setiap musibah yang berlaku itu untuk menghilangkan dosa-dosa kita?
walaupun hanya duri terguris kat kulit kita pun, itu juga sebagai penebus dosa taw.. xnak ke kalau Allah nak hapuskan dosa-dosa kita?

ok, point penting yang aku nak cakap kat sini, kita seharusnya menuding jari kepada diri sendiri sebelum menyalahkan orang lain..tapi kowang janganlah asyik salahkan diri sendiri sampai rasa diri sendiri x guna....tu bahaya tu...jangan taw..kita mesti mencari kesalahan diri demi memperbaiki apa yang kurang dalam diri kita..barulah kita hidup ceria...kan?

ehm, contoh kisah kulit pisang yang aku cerita tadi tu, baru sket, belum kes-kes besar lagi...(huhu) cuba fikir,kalau perkara sekecil kulit pisang pun kita dah melatah, apatah lagi kita nak menghadapi ujian-ujian lain yang lebih besar dalam dunia ini?

oklah, fikir dan renungkan kata-kata hikmah ini, "berbahagialah orang yang selalu menyalahkan diri sendiri".......aku pun tengah cuba untuk cari salah aku.. memang susah, tapi kita sama-sama cuba lah yer.. insyaAllah bahagia..

barakallahufik wa salam alaik....




No comments:

Post a Comment